Thursday, March 31, 2011

Welcome to Sana'a(Son'aa)!, Good bye Khairi, Uncle & Aunty...

Bismillaahi walhamdulillaah.

29 Mac 2011. Tiba di airport pukul lebih kurang 1300. Masa nak masuk, mamat imigresen 'berlagak' tu tanya, "why you come here?". "Laaa... Suka ati aku la nak datang pon, ada aku mintak duit ko ke?", hati nakal mendetik. Dia ni apsal ntah. Tapi aku layankan ajer sebab malas nak "argue". Aku cakap jer aku tengah tunggu kawan, pastuh dia kata OK. After bag semua dah dapat, Hannah dan Sultan pon sampai. Kena isi form apa ntah, aku dah penat dan malas nak buat aper.

After that, kami keluar dari airport dan naik teksi menuju ma'had kami, Sana'a Institute for Arabic Language(SIAL). Dalam perjalanan, kami singgah beli kabsah. Tapi kambing takde. Ada ayam je. Takpe la, janji dapat makan. Perut dah lapar la katakan. Lepas tu kami terus ke SIAL. Sampai ajer, terus makan dan berehat. Sambil tu Hannah cakap pengetua(mudeer) nak jumpa. Lepas makan tunggu kat hall. Tunggu punya tunggu takde dia. Jadi kami balik bilik.

Lepas Asr, kami jumpe pengetua dan dia pon cakap serba sedikit tentang tempat ni(SIAL). Tempat ni asalnya dekat bandar tempat rusuhan, tapi pindah sebab ada masalah dengan sewa bangunan tempat asal tu. Sekarang, bangunan SIAL yang baru ni(juga rumah mudeer di tingkat paling atas) milik penuh Muhammad al-Aniisi.

Maghrib itu, aku ke masjid berdekatan. Di sini aku teruja untuk melihat orang-orang islam di sini bersolat. Ternyata, bukan Malaysia negara yang jauh nun di sana saja yaang bertaqlid, di sini juga sama. Di masjid ini. Malah lebih pelik sekali nak dikata. Orang yang azan dan iqaamat, dia sendiri juga yang mengimami solat. Pelik tetapi benar. Selesai solat maghrib jama'ah, aku perhatikan pakcik-pakcik tua bersolat sunnah qabliyyah. Ada yang mengikut perbuatan Imam Malik ketika beliau tidak berdaya mengangkat tangan ketika qiyam selepas takbir. Sungguh bahaya taqlid buta ini. Semoga Allah memelihara kita semua dari kelemahan-kelemahan, aamiin. Biasanya di sini, selepas maghrib semua jama'ah akan menunggu terus waktu Isya' kerana tidak terlalu berbeza masa antara kedua solat. Jadi aku juga santai di tepi masjid sambil mengulang sedikit ayat-ayat yang sudah dihafaz..

Selepas Isya', kami di bawa oleh Ustaz Sultan ke bandar untuk menukar wang, membeli simkad dan beli makan. Malam itu, Ruben kedemaman. Oh ya, di SIAL waktu kami tiba, sudah terdapat beberapa orang pelajar. Uncle Ismail, Aunty An, Khairi, Anis(Thailand) dan adiknya, Hannah dan adiknya.

Semalam sebelum Khairi pulang, aku sempat bersama-sama Uncle Mail, Khairi dan Anis ke bandar tempat demonstrasi. Hampir jam 5pm kami ke sana. Keadaan sememang tidak seperti yang ditonjolkan di media. Suasana sangat aman dengar riuh tempik suara anak muda yang mau perubahan. Aku bukan ke situ menyokong tindakan mereka. Aku cuma mengambil kesempatan memerhati suasana dan terdetik di hati,

"Masyaa Allaah, alangkah baiknya jika semua manusia mengikuti jejak para salaf. Pasti mereka tidak di sini."

Terdetik juga untuk pergi ke kawasan satu lagi yang memihak kepada kerajaan, tapi mana aku tau nak ke sana. Dengarnya di sana, siapa yang menyokong kerajaan, dapat upah lumayan. Senario politik malaysia terbayang di minda aku. Betapa demokrasi berparlimen ini sememangnya hanyalah omongan kosong dan kejayaan yahudi paling besar. Membawa manusia ke lembah kehinaan paling dalam. Astaghfirullaah..

Selepas solat Maghrib, pada 30 Mac, Khairi berangkat pulang pada jam 11pm.

Hari ini, Uncle dan Aunty bertolak ke airport baru sekejap, 31 Mac, jam 815am.

Hari-hari di Aden


Bismillaahi walhamdulillaah...

Hari seterusnya di Aden takde apa yang menarik sangat. Cuma menunggu khabar jika ada berita perjalanan ke Sana'a. Namun masih belum ada berita. Masa banyak dihabiskan berehat di bilik dan meninjau kawasan sekitar. Semua penumpang Yemenia saling berkenalan dan berborak.

Bersama kami sentiasa adalah wanita Djibouti bernama Zam Zam. Sungguh banyak menolong kami ketika di imigresen dan juga waktu-waktu terdesak. Alhamdulillaah.

Sehingga petang barulah ada berita dari Yemenia bahawa kami akan berangkat pagi esoknya jam 9, insyaa Allaah. Jadi, kena bangun awal, sarapan pada jam 6pagi kata "front desk". Maka kami tidur awal malam itu dan bangun dalam keadaan yang tidak kelam kabut.

Selepas sarapan, lebih kurang jam 730am, kami bergerak ke lapangan terbang untuk "check in". Di airport, keadaan sekali lagi huru hara apabila penumpang2 ke Hudaidah(sebuah daerah di Yemen) disarankan menaiki bas kerana pesawat akan membawa kami terus ke Sana'a. Setelah beratur lebih sejam, kami menaiki pesawat. Teringat peristiwa Ruben ditegur oleh seorang wanita Sudan barangkali, atau Mauritania? hahaha.. wallaahu a'lam. Ruben ditegur dalam bahasa mereka. Ruben kata, " i dun understand"... apa yang dia nak pun taktau la..

Dan pada jam kurang lebih 1130am, kami terbang ke Sana'a...

Permulaan hidup yang baru...

Bismillaahi walhamdulillaah... Wassolaatu wassalaamu 'alaa rasuulillaah..

0516(Sana'a), 31 Mac 2011.
Segala Puji dan Puja yang tidak terhingga buat Pencipta Alam, solawat dan salam ke atas Nabi terakhir, Muhammad ibn Abdillaah.

27 Mac aku terbang dengan Yemenia pada jam 11am. Perjalanan menuju ke Jakarta dulu. Di Jakarta, semua penumpang diminta turun ke terminal kerana kerja pembersihan dilakukan. Selepas lebih kurang sejam, aku terbang semula menuju Dubai. Tiba di Dubai lebih kurang jam 4pm waktu tempatan di sana. Katanya selepas sejam, kami akan terbang semula. Tapi lepas 2 jam lebih, takde tanda2 untuk terbang lagi. Pak-pak arab dari suku tidak bertamaddun sudah mula buat bising dan naik gila. Sementara ada sebahagian mereka yang berpelajaran hanya tenang. Tiba-tiba, Kapten berbicara mengatakan cuaca di Sana'a tidak menginzinkan untuk kami mendarat di sana, Sana'a. Puak-puak tidak bertamaddun tadi tidak menghiraukan kata-kata kapten sebaliknya terus membuat bising seperti orang-orang ulu di kawasan orang asli pedalaman. Malah orang-orang asli pon tidak sedemikian. Dalam hati aku, patutla nabi Muhammad datang di kalangan mereka.

Selepas lebih kurang 9jam di dalam kapalterbang, dan tempat duduk pon sudah terasa nipis, kapalterbang akhirnya kembali di udara.. Waktu itu aku sudah tertidur. Dan pada jam sekitar 3pagi waktu Yaman, kami semua tiba... Jeng jeng jeng.. Di Aden! Apa? Kenapa Aden? Sebab aku tadinya tidur, tak dengarlah hebahan kapten atau pramugari-gara tadi. Alhamdulillaah 'alaa kulli haal, selamat sampai di Aden, kota pelabuhan Yaman.

Di airport Aden, semasa nak keluar ke terminal, sedikit huru hara terjadi. Dimintanya visa daripada penumpang-penumpang Malaysia. Aku dah cuak, tapi lagak "cool" mesti dikekalkan. Imigresen mereka kecoh, "where is your visa?".. Aku cakapla, "there's no more visa for us to fly to Yemen".. pastuh 2,3 orang beralih tangan pasport kami, dengan soalan bodo yang sama. Dorang ni takde briefing ke setiap kali "rules and regulation" baru dikeluarkan? Mungkin sebab tidak pernah berlaku keadaan di mana warga Malaysia keluar terus dari Malaysia ke Aden, maka mereka menjadi panic yang sebegitu.. Alhamdulillaah, selepas lebih kurang 45minit, kami keluar menghirup udara Aden secara tidak dijangka, namun itulah kuasa Allaah. Segala Puji bagiMu.

Semua penumpang Yemenia tadi dibawa ke 2 hotel. Separuh ke Hotel al-Qasr, tempat aku menginap, separuh lagi entah ke mana entah. Dalam bus(van aje), ada desas desus mengatakan bahawa kami akan dibawa ke Sana'a dengan bas pada esok harinya. Katanya perjalanan dengan bas akan mengambil masa 5 hingga 8jam. Apa-apapun, aku ikut ajer, janji sampai di Sana'a...

Tiba di Hotel al-Qasr, Maasyaa Allaah tabaarakallaah... Hotel yang sangat lawa dan indah seperti sebuah istana, memang dorang design macam istana kot. Proses untuk mendapat bilik adalah leih kurang sejam. Kami disediakan "fruit juice" sementara menunggu kunci. Setelah seketika, dapatla kunci. Aku dan isteri dapat suite! hehehe.. Alhamdulillaah.. dan bilik itu sangat cantik dan selesa.. Ruben dapat bilik sendiri. Di tingkat bawah. Duluxe room, 5stars hotel. Yang paling penting, gratis! Oh ya... sementara menunggu kunci tadi, kami dibenarkan membuat panggilan ke mana saja yang disukai. Aku pon telefon Aunty Sarah yang waktu itu berada di Sana'a. Dan cuba telefon ke Malaysia, tetapi tidak berjaya.. Takpela, badan dan penat, rehat dulu, esok baru akan cuba call lagi...

p/s : terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir ke airport, keluarga aku, keluarga isteriku, keluarga Ben, Farid Bidin, Imtiaz Yee, M Izwan Sabri, Ja'far Sukor, Dzaki dan semualah... Semoga Allah memelihara kalian dan menjadikan kalian sebahagian dari orang2 yang merasa Jannah, aamiin