Thursday, March 31, 2011
Welcome to Sana'a(Son'aa)!, Good bye Khairi, Uncle & Aunty...
29 Mac 2011. Tiba di airport pukul lebih kurang 1300. Masa nak masuk, mamat imigresen 'berlagak' tu tanya, "why you come here?". "Laaa... Suka ati aku la nak datang pon, ada aku mintak duit ko ke?", hati nakal mendetik. Dia ni apsal ntah. Tapi aku layankan ajer sebab malas nak "argue". Aku cakap jer aku tengah tunggu kawan, pastuh dia kata OK. After bag semua dah dapat, Hannah dan Sultan pon sampai. Kena isi form apa ntah, aku dah penat dan malas nak buat aper.
After that, kami keluar dari airport dan naik teksi menuju ma'had kami, Sana'a Institute for Arabic Language(SIAL). Dalam perjalanan, kami singgah beli kabsah. Tapi kambing takde. Ada ayam je. Takpe la, janji dapat makan. Perut dah lapar la katakan. Lepas tu kami terus ke SIAL. Sampai ajer, terus makan dan berehat. Sambil tu Hannah cakap pengetua(mudeer) nak jumpa. Lepas makan tunggu kat hall. Tunggu punya tunggu takde dia. Jadi kami balik bilik.
Lepas Asr, kami jumpe pengetua dan dia pon cakap serba sedikit tentang tempat ni(SIAL). Tempat ni asalnya dekat bandar tempat rusuhan, tapi pindah sebab ada masalah dengan sewa bangunan tempat asal tu. Sekarang, bangunan SIAL yang baru ni(juga rumah mudeer di tingkat paling atas) milik penuh Muhammad al-Aniisi.
Maghrib itu, aku ke masjid berdekatan. Di sini aku teruja untuk melihat orang-orang islam di sini bersolat. Ternyata, bukan Malaysia negara yang jauh nun di sana saja yaang bertaqlid, di sini juga sama. Di masjid ini. Malah lebih pelik sekali nak dikata. Orang yang azan dan iqaamat, dia sendiri juga yang mengimami solat. Pelik tetapi benar. Selesai solat maghrib jama'ah, aku perhatikan pakcik-pakcik tua bersolat sunnah qabliyyah. Ada yang mengikut perbuatan Imam Malik ketika beliau tidak berdaya mengangkat tangan ketika qiyam selepas takbir. Sungguh bahaya taqlid buta ini. Semoga Allah memelihara kita semua dari kelemahan-kelemahan, aamiin. Biasanya di sini, selepas maghrib semua jama'ah akan menunggu terus waktu Isya' kerana tidak terlalu berbeza masa antara kedua solat. Jadi aku juga santai di tepi masjid sambil mengulang sedikit ayat-ayat yang sudah dihafaz..
Selepas Isya', kami di bawa oleh Ustaz Sultan ke bandar untuk menukar wang, membeli simkad dan beli makan. Malam itu, Ruben kedemaman. Oh ya, di SIAL waktu kami tiba, sudah terdapat beberapa orang pelajar. Uncle Ismail, Aunty An, Khairi, Anis(Thailand) dan adiknya, Hannah dan adiknya.
Semalam sebelum Khairi pulang, aku sempat bersama-sama Uncle Mail, Khairi dan Anis ke bandar tempat demonstrasi. Hampir jam 5pm kami ke sana. Keadaan sememang tidak seperti yang ditonjolkan di media. Suasana sangat aman dengar riuh tempik suara anak muda yang mau perubahan. Aku bukan ke situ menyokong tindakan mereka. Aku cuma mengambil kesempatan memerhati suasana dan terdetik di hati,
"Masyaa Allaah, alangkah baiknya jika semua manusia mengikuti jejak para salaf. Pasti mereka tidak di sini."
Terdetik juga untuk pergi ke kawasan satu lagi yang memihak kepada kerajaan, tapi mana aku tau nak ke sana. Dengarnya di sana, siapa yang menyokong kerajaan, dapat upah lumayan. Senario politik malaysia terbayang di minda aku. Betapa demokrasi berparlimen ini sememangnya hanyalah omongan kosong dan kejayaan yahudi paling besar. Membawa manusia ke lembah kehinaan paling dalam. Astaghfirullaah..
Selepas solat Maghrib, pada 30 Mac, Khairi berangkat pulang pada jam 11pm.
Hari ini, Uncle dan Aunty bertolak ke airport baru sekejap, 31 Mac, jam 815am.
Hari-hari di Aden
Bismillaahi walhamdulillaah...
Hari seterusnya di Aden takde apa yang menarik sangat. Cuma menunggu khabar jika ada berita perjalanan ke Sana'a. Namun masih belum ada berita. Masa banyak dihabiskan berehat di bilik dan meninjau kawasan sekitar. Semua penumpang Yemenia saling berkenalan dan berborak.
Bersama kami sentiasa adalah wanita Djibouti bernama Zam Zam. Sungguh banyak menolong kami ketika di imigresen dan juga waktu-waktu terdesak. Alhamdulillaah.
Sehingga petang barulah ada berita dari Yemenia bahawa kami akan berangkat pagi esoknya jam 9, insyaa Allaah. Jadi, kena bangun awal, sarapan pada jam 6pagi kata "front desk". Maka kami tidur awal malam itu dan bangun dalam keadaan yang tidak kelam kabut.
Selepas sarapan, lebih kurang jam 730am, kami bergerak ke lapangan terbang untuk "check in". Di airport, keadaan sekali lagi huru hara apabila penumpang2 ke Hudaidah(sebuah daerah di Yemen) disarankan menaiki bas kerana pesawat akan membawa kami terus ke Sana'a. Setelah beratur lebih sejam, kami menaiki pesawat. Teringat peristiwa Ruben ditegur oleh seorang wanita Sudan barangkali, atau Mauritania? hahaha.. wallaahu a'lam. Ruben ditegur dalam bahasa mereka. Ruben kata, " i dun understand"... apa yang dia nak pun taktau la..
Dan pada jam kurang lebih 1130am, kami terbang ke Sana'a...
Permulaan hidup yang baru...
0516(Sana'a), 31 Mac 2011.
Segala Puji dan Puja yang tidak terhingga buat Pencipta Alam, solawat dan salam ke atas Nabi terakhir, Muhammad ibn Abdillaah.
27 Mac aku terbang dengan Yemenia pada jam 11am. Perjalanan menuju ke Jakarta dulu. Di Jakarta, semua penumpang diminta turun ke terminal kerana kerja pembersihan dilakukan. Selepas lebih kurang sejam, aku terbang semula menuju Dubai. Tiba di Dubai lebih kurang jam 4pm waktu tempatan di sana. Katanya selepas sejam, kami akan terbang semula. Tapi lepas 2 jam lebih, takde tanda2 untuk terbang lagi. Pak-pak arab dari suku tidak bertamaddun sudah mula buat bising dan naik gila. Sementara ada sebahagian mereka yang berpelajaran hanya tenang. Tiba-tiba, Kapten berbicara mengatakan cuaca di Sana'a tidak menginzinkan untuk kami mendarat di sana, Sana'a. Puak-puak tidak bertamaddun tadi tidak menghiraukan kata-kata kapten sebaliknya terus membuat bising seperti orang-orang ulu di kawasan orang asli pedalaman. Malah orang-orang asli pon tidak sedemikian. Dalam hati aku, patutla nabi Muhammad datang di kalangan mereka.
Selepas lebih kurang 9jam di dalam kapalterbang, dan tempat duduk pon sudah terasa nipis, kapalterbang akhirnya kembali di udara.. Waktu itu aku sudah tertidur. Dan pada jam sekitar 3pagi waktu Yaman, kami semua tiba... Jeng jeng jeng.. Di Aden! Apa? Kenapa Aden? Sebab aku tadinya tidur, tak dengarlah hebahan kapten atau pramugari-gara tadi. Alhamdulillaah 'alaa kulli haal, selamat sampai di Aden, kota pelabuhan Yaman.
Di airport Aden, semasa nak keluar ke terminal, sedikit huru hara terjadi. Dimintanya visa daripada penumpang-penumpang Malaysia. Aku dah cuak, tapi lagak "cool" mesti dikekalkan. Imigresen mereka kecoh, "where is your visa?".. Aku cakapla, "there's no more visa for us to fly to Yemen".. pastuh 2,3 orang beralih tangan pasport kami, dengan soalan bodo yang sama. Dorang ni takde briefing ke setiap kali "rules and regulation" baru dikeluarkan? Mungkin sebab tidak pernah berlaku keadaan di mana warga Malaysia keluar terus dari Malaysia ke Aden, maka mereka menjadi panic yang sebegitu.. Alhamdulillaah, selepas lebih kurang 45minit, kami keluar menghirup udara Aden secara tidak dijangka, namun itulah kuasa Allaah. Segala Puji bagiMu.
Semua penumpang Yemenia tadi dibawa ke 2 hotel. Separuh ke Hotel al-Qasr, tempat aku menginap, separuh lagi entah ke mana entah. Dalam bus(van aje), ada desas desus mengatakan bahawa kami akan dibawa ke Sana'a dengan bas pada esok harinya. Katanya perjalanan dengan bas akan mengambil masa 5 hingga 8jam. Apa-apapun, aku ikut ajer, janji sampai di Sana'a...
Tiba di Hotel al-Qasr, Maasyaa Allaah tabaarakallaah... Hotel yang sangat lawa dan indah seperti sebuah istana, memang dorang design macam istana kot. Proses untuk mendapat bilik adalah leih kurang sejam. Kami disediakan "fruit juice" sementara menunggu kunci. Setelah seketika, dapatla kunci. Aku dan isteri dapat suite! hehehe.. Alhamdulillaah.. dan bilik itu sangat cantik dan selesa.. Ruben dapat bilik sendiri. Di tingkat bawah. Duluxe room, 5stars hotel. Yang paling penting, gratis! Oh ya... sementara menunggu kunci tadi, kami dibenarkan membuat panggilan ke mana saja yang disukai. Aku pon telefon Aunty Sarah yang waktu itu berada di Sana'a. Dan cuba telefon ke Malaysia, tetapi tidak berjaya.. Takpela, badan dan penat, rehat dulu, esok baru akan cuba call lagi...
p/s : terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir ke airport, keluarga aku, keluarga isteriku, keluarga Ben, Farid Bidin, Imtiaz Yee, M Izwan Sabri, Ja'far Sukor, Dzaki dan semualah... Semoga Allah memelihara kalian dan menjadikan kalian sebahagian dari orang2 yang merasa Jannah, aamiin
Saturday, February 12, 2011
Subhaanallaah..
Manusia ini berasal dari tanah. Pulangnya akan ke tanah. Ada yang rasa dia akan pulang ke mana entah, aku pun tak pasti.
Ada manusia yang hanya berlakon dalam hidup. Dalam hidup yang lakonan ini pun masih mahu berlakon. Melakukan perubahan bukan kerana Allaah.. tetapi kerana keinginan dunia semata.. Jika kerana Allah, manusia akan menjadi lebih positif, lebih realistik, lebih tenang.. Kerana dia tahu Allah sentiasa bersamanya.. maka dia akan menjadi lebih baik.. Akhlaqnya, percakapannya, amalannya, pemikirannya... Tetapi malang bagi manusia yang hanya ada dendam di dalam hati, kepentingan dunia menjadi inspirasi. Subhaanallaah..
Yaa Allaah, kau ampuni dosa2 setiap mukmin... yang telah mati dan yang masih berjuang di dunia milikMu ini... Aamiin...
Tuesday, February 08, 2011
Mintalah kepada Dia...

Allaah, sememangnya Engkau Maha Pemurah, Maha Mengasihani
Monday, January 31, 2011
Perjalanan sudah bermula...
Bismillaahi walhamdulillaah, wassolaatu wassalaamu 'alaa rasuulillaah...
9.15am - Sampai ke office tadi jam 8.45am. 30minit jer drive dari Kg Pandan. :) semangat semakin berkobar2 untuk ke tanah Arab. Semoga Allah permudahkan perjalanan semuanya. Aamiin. Cuaca best hari ni. Hujan tak berhenti dari semalam. Just nice sebab dapat tidur nyenyak. Hampir kandas Subuh, tetapi diberi kekuatan oleh Allah untuk bisa berdiri menyembahNya. Alhamdulillaah.
Pagi ini persoalan pertama timbul. Terngiang dari semalam "actually". Bagaimana suatu hari dulu ketika 14 tahun yang lalu, Idris datang dan bertanya aku yang duduk di tepi longkang depan rumah Shah.
"Allah di mana Bar?".
Aku pelik dengan soalan mudah itu tapi tetap aku jawab. "Allah di mana-manalah".
Idris menambah soalan, "Apsal ko jawab gitu?".
Aku heran. Salah ke aku jawab? Pastu aku cakap, "sebab semua orang cakap camtu".
"Mana boleh gitu bro. Islam ni tak boleh ikut orang. Tak boleh ikut mak ayah. Tak boleh ikut ustaz tu ustaz ni."
"Dah tu nak ikut sape pulak?" dalam hati aku.
Idris sambung lagi, "dalam Quran, Allah cakap Dia bersemayam di atas arasynya. Macamana kita boleh decide tentang apa yg Dia sendiri dah bagitau?"
Benar sekali. Tepat sungguh. Jitu terus ke hati. Semenjak itu, aku berpegang dengan aqidah itu. Aqidah para Nabi, para sahabat, tabi'iin dan tabi' tabi'iin... Allaahu Akbar! Semoga semua orang Islam akan menerima kenyataan ini sebagaimana aku menerimanya... Aamiin...
Bersambung....
Saturday, January 29, 2011

Sabtu, January 29, 2011 [9.32am]
Alhamdulillaah, perkembangan lancar mengenai pemergian ke negara Arab. Alhamdulillaah.. Semoga Allah lebih melancarkan urusanku kali ini. Aamiin.
Brothers lain(saudara²ku di Al-Khaadem) kebanyakan dah tahu. Ada yang tahu tapi buat biasa. Ada yang tahu, dan support gila². Ada yang tak tahu. Dan ada yang tahu gitu² jerla, dan malas nak ambik port barangkali. Takpelah. Janji semua orang happy dan bersemangat dengan misi dakwah dan tarbiyyah kami.
Pelan asal ialah Mac atau April terbang ke sana. Tapi, Allah yang lebih tahu tentang masa hadapan. Solat istikhoroh juga sudah dilakukan. Cuma restu Shaikh Hussain Yee aje belum diminta. Semoga beliau mendapat rahmat Allah sentiasa.[Tolong "aamiin"kan semua para pembaca]
Tinggal di Malaysia memang menjadi keinginan setiap anak Melayu, jika bisa. Tak kira untuk apa. Tapi sebahagian harus berpindah atau berhijrah, atau berkelana untuk mencari sesuatu buat negara tempat kita lahir dan membesar. Untuk orang yang punya rasa patriotik. Punya rasa kepunyaan terhadap tempat nenek moyangnya hidup. Aku akan kembali, bukan untuk sesiapa, tapi untuk kamu, Malaysia yang aku ingin lihat Islam yang sejati mekar di atasnya. Aamiiin...
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Allah, Engkau yang Maha Menyatukan hati-hati hambaMu semua, Engkau yang Maha Pedih siksaanMu. Semoga Kami semua terdiri dari kalangan orang yang di"tanda" golongan pengikut orang2 terdahulu, salafussooleh. Aaamiin...
Wednesday, January 26, 2011
Alhamdulillaah...
Apa khabar semua? Mesti semua dah tak ingat lagi. Ataupon dah tak jenguk lagi blog ni. Huuhuu.. But i have sumthing to share now.. Insyaa Allah from now on, i will keep blogging so i am not bored anymore at the place i'm gonna go.. Aameen..
:)
Keep on reading. May Allah make it easy for me and my wife.. :)
Thursday, February 11, 2010
The New Beginning...
its an honour again to write here...
kebelakangan ni, aku sering terdetik utk memulakan langkah baru.. jauh dari apa yg aku buat selama ni.. jauh dr muzik... jauh dari kelalaian dunia...
seperti yg kita ketahui, bumi semakin tua.. semakin dekat ke penghujung.. itu pasti.. itu janji Allah.. cuma, adakah kita bersedia atau tidak? apakah kita di jalan yg sebenar?
aku ingin bertanya kepada diri sendiri dan juga kpd semua yg masih membaca blog ini, apakah islam itu sekadar diwarisi? atau ianya perlu didalami?
sesungguhnya mukmin yg baik itu ialah mukmin yg sentiasa lebih baik dari hari ke hari... berdoalah dalam setiap langkah kehidupan utk menjadi hamba yg bakal mendapat rahmat Allah utk menjadi penghuni jannah... aamiin...
sedarlah bahawa kita beriman apabila kita yakin dan percaya dgn apa yg kita tidak nampak menerusi bukti2 yg diwariskan kepada kita, al quran dan as sunnah...
semoga Allah swt sentiasa menjadikan kita dari golongan yg mengikut perjalanan hidup para salafussooleh..
wallaahu a'lam
Tuesday, April 07, 2009
long journey, long story...
salaaam...
just got back from the UK.. having show at Sheffield University and MSD, London.. what an experience.. aku tak melepaskan peluang untuk singgah ke Old Trafford, Arsenal dan Stamford Bridge..
show kat sheffield berjalan lancar dan aku jugak jadi hakim untuk pertandingan nasyid seluruh UK yang dinamakan NEXT '09. ramai org aku jumpe, sumer frenly.. siap stay rumah diorang. dari sheffield-manchester-cardiff-swansea-cardiff-birmingham-cardiff-swansea-cardiff-london. naik bas, train, keter sumer ader...
show kat sheffield pada 15hb mac '09 was goo goo goo goo goooood... n kat london ader sdikit KOQ~! jugak la sbb tmpt kecik.. but okla..
masa kat sheffield, sempat gi peak district di mana kena jalan sejauh lebih 10batu merentasi bukit bukau dalam kesejukan plus hujan plak tu hari tu... masa tu aku gi ngan hairul adhan, budak sabah bah.. then kat sheffield tak gi mana sangat, itu jerla tempat aku gi. lain, aku hanya jalan kat town dan gi tgk sheffield games.
pastuh aku gi manchester pada 16hb pagi... naik train dan di ambik oleh Hasan(student Malaysia kat situ) kat stesen. aku gi solat kat surau Manchester University. ada surau siut.. cool gila. then Hasan bawak aku gi umah dia. aku lepak bilik Ben(Afiq nama dia yg betul). tido situ bilik dia la.. Ben ni la yg bawak aku gi memana. museum, old trafforfd dan lain lain lagi.. hehehe.. baik budak Ben ni.. aku respect ah dia... tak penah aku jumpe org sebaik tu...
then 18hb aku dah kena gerak ke cardiff sbb Anas dah beli tiket. aku naik train pagi dan sampai cardiff tghari.. Eli(classmate aku sekolah menengah) mai ambik. terus bawak gi jalan jalan kat port kat Wales tu. dgn satu tmpt macam istana budaya sket. pastuh gi makan kat restoran india. buffet.. byk gila makan. then after that gi swansea kat Anas. masa kat tmpt Anas, aku gi kat tmpt air terjun(breckon beacons), cerun pantai(rhossili) dan pantai(mumbles). swansea ni sejuk gila. akibat kebosanan, aku ngan Anas ada buat beberapa video KOQ~! kalo nak tgk, bukak youtube, pastuh search for : koq anas akbar. nnt semua kuar.. hahahaha.. goo goo gooo goo goood... hea yea... hahaha.. aku sempat jugak gi bridgend kat Wales ni. bridgend ialah tmpt factory outlet. byk jenis jugak. ader adidas, nike, levi's, fcuk, cadbury's, next macam macam lagi lah branded shops.
lepas pada tu aku gi birmingham jap jumpe kawan2 yg aku kenal masa gi UK dulu dgn Raihan. gi jenguk semua org. anak anak dorang dah besar. yela, 6tahun kot.. hehehe.. tapi gi pagi balik ptg jer.. tak tido pon.. malas. then shoot balik cardiff ngan Eli. sempat gi umah Izzat(Mirwana). lepak ngan anak dia...
pastuh pada 26hb, aku ngan Izzat gi london. Izzat drive. kitorg ader show 7malam tu.. kul 430pm baru gerak. padahal journey 3jam. berapa kali sakit perut ntah mamat tu. geram i tau... hahaha.. KOQ~! sampai london Izzat nak terkucil, berenti kat tgh bandar cari toilet. akhirnya sampai di MSD kat embassy Malaysia di london. start hari tu, aku duduk london jer.. duduk umah Anep, Amir, Imran dan Ai. kat earl's court. masa hari ke3, aku terjumpe oyster card yg ader balance GBP6.90.. tapi setiap hari aku guna, duit tu tak kurang pon. so aku dah saving byk gila kot utk tambang ke mana2 menggunakan bus dan train. utk makluman, oyster ni macam TnG la kat Malaysia ni.. so aku pusing pusing london. kadang ngan Amir, kadang ngan Anep. kalo tak, aku lepak umah main PS3 dgn main laptop jer... ader satu kedai aku gi nak beli postcard, harga 30pence utk 6 keping, tapi aku takder duit kecik. aku mintak amir, dia pon takder.. aku ader note GBP20 je plg kecik. lalu dgn baik hatinya aku terpaksa membeli sehelai tshirt harga GBP5 bersama postcard itu. sian tak aku? kesian tapi baik.. hahahaha.. KOQ~!. aku sempat gi stadium chelsea, arsenal semua. pastuh gi london eye. soho pon pegi. hahaha.. ader subway halal kat london. nando's halal. kfc n mcd org cakap, tapi aku tak pegi sbb kat sini besepah..
so, tulah pengalaman aku. pada 31 mac '09 pagi jam 0930, aku naiik plane utk balik ke kl. tapi aku kena access luggage sebyk GBP68 bersamaan hampir RM400..padan muke aku.
p/s : kalo sesapa nak tgk gambo aku kat sana, gi la check kat facebook. Akbar Azmi nama aku sana... selamat menonton.. KOQ~!
wassalaam.. nnt i cerita lagi...
Saturday, February 07, 2009
new year, new me..
its a new year..new me perhaps...
in every way...
i dun really update my blog, but sumtimes i do write sumthin...
so yeah, i just wanna say thanks for being my reader... hold on.. time will come..
love peace,
akbar
Thursday, September 25, 2008
my new look...
Thursday, September 04, 2008
Tuesday, September 02, 2008
Monday, August 11, 2008
Wednesday, August 06, 2008
mentera beradu...
Mantera BeraduDengan Irama dan Lagu
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…Pandanglah aku.. aku lah dia..
kulitku tebal.. ku bebal.. ingatku kebal..banyak berbual makan angin kembung perut mual…resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..ku schizo paranoia takut pecah tembelang
pecah tembelang… peta dah hilang…bangau dah pulang… suara sumbang..
lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena… tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum
ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah segarangtakat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main acap belakang parang
kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat
ramai saudaraku yang baik telah dipijak
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur disisimu
ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi
peduli interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodinya lebih hina dari zina
lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang disisimu
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga meoww
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
sebelum jadi naga ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara temeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
lari mati jika jerut maut
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur disisimu
puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku
kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinisku
berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
akhirnya sempurna….


