Bismillaahi walhamdulillaah...
Internet kat sini bukan macam Malaysia. Mungkin aku dah cakap kot. Internet sini memang pelik sekali. Nak 'on' skype pon tak pernah dapat. Dan, kalau macam kat Malaysia, kita bayar 'every month', tanpa 'limit' berapa banyak ko nak pakai, ko pakaila. Kat sini, dia ada 'limit' berapa byte yang diguna. Yang aku dengar, gitula sistem dia. Tapi, alhamdulillaah 'alaa kulli haal, masih dapat 'online'. Tutup cerita internet, kembali kepada tajuk...
Petang tadi, yakni hari Khamis, pertama kali aku beriadhah di bumi arab ni. Main bola! Pakai baju... Messi no 10 yang Anis bagi. Budak-budak arab semua panggil aku Messi. Lantakla, janji senang. Walaupun aku main tak serupa Messi, wajahku jauh lebih tampan(hahahaha), tapi main bola tadi sangat membuat aku rasa 'best'. Ruben, seperti biasa hanya melihat dari tepi padang. Insyaa Allaah nanti akan kugoda beliau bermain bola juga. Padang dorang bukan macam Malaysia, berumput. Kat sini padang bedebu. Batu pon bukan main banyak. Gol buat dari bata. 'Court' futsal dengarnya ada, tapi setakat ni masih belum nampak lagi. Padang yang aku main tadi aku rasa tapak rumah orang. Tak lama lagi, bila rumah tu dah naik, dah takleh main lagi kat situ, kena cari tanah lapang lain. Apapun, aku suka kesederhanaan dorang ni. Walaupun terfikir cemana nak majukan tempat ni.
Si Ruben pun terfikir pasal tu. Nak majukan negara Yaman ni. Tapi, aku tanya jugak, entah berapa juta orang lagi agaknya yang terfikir nak buat macam tu kan? Tapi, itulah ketentuan Allaah. Atau mungkin belum tiba masanya. Wallaahu a'lam.
Semalam aku 'sms' Affan. Suruh call balik kalau ada masa dan kredit. Tak call pun. Dia tak berupaya la tu. Takperlah tu. Ada masa tu nanti dia insyaa Allaah 'call'. Aku kat sini takderla rindu sangat negara Malaysia tu. Tapi aku rindu keluarga dan warga Al-Khaadem. Semoga Allaah memelihara mereka dengan kuasaNya yang Maha Tinggi. Aamiin.
Walid, Ummi, Ablong+Kaklong+anak-anak mereka, Kak Ngah, Dayah+Shafie, Lel+Cik Seni, Fifi, Mok(nenek). Mustaqim pon. Tapi dia memang takde kat Malaysia pun. Pokcik-pokcik dan mokcik-mokcik serta sepupu-sepapanku jua.
Sheikh Hussain, Imtiaz, Izwan, Dzaki, Affan, Akmal, Batman(rakan raja lawakku), Yunus, Fathi, Shahril, Ja'far(yang pandai berahsia sekarang), Zul(tak sangat sebab chat sokmo), Matin, Nu'man(yang banyak tolong aku sebelum aku gerak ke sini) dan Nabil.
Minggu depan anak mudir ma'had kitorang kawen. Ni nak cerita pasal janbiya! Aritu aku ada cerita kan? Janbiya ni adalah senjata kuno bangsa Yaman. Alaa, macam melayu dengan keris mereka. Tapi kita dah tak sarung kat pinggang lagi zaman sekarang, kecuali berlakunya adat istiadat atau upacara tradisi. Di sini, janbiya ini mereka gunakan setiap hari bagi majoriti rakyatnya. Bukan orang tua jer. Budak umur 4 tahun pun ada janbiya. Hampir setiap hari pakai. Dalam ertikata lain, hari-hari tanpa janbiya adalah boleh dikira. Janbiya ni dalam kehidupan mereka adalah ibarat seperti orang melayu membeli baju raya setiap tahun. Dengar ceritanya, ada yang beli setahun 2 kali. Entah la, aku pun tak pasti sangat. Dengar-dengar gitu jerla. Kalau korang nak tahu lebih, wikipedia ada. Silalah taip di sana, saya pasti anda semua akan berjumpa sejarahnya dengan lebih terperinci. Haaaa, siang nanti aku nak pegi beli dengan Ruben. Bukan nak beli sangat, tapi sebab 'wedding' tu, kitorang cuba nak buat mudir 'happy'. Orang Yaman suka kalau kita pakai macam diorang. Macam orang melayu suka bangsa lain pakai baju melayu la. 'Budget' untuk janbiya takderla besar. 'Range' harga janbiya tergantung kepada materialnya. Ada yang buat dengan plastik, ada dengan kulit, ada dengan 'pvc', ada ngan besi, ada 'stainless steel' dan ada jugak dengan tembaga. Dan harga juga tergantung kepada hulu janbiya tu. Yang paling mahal setakat ni aku penah tengok dan pegang(pisaunya saja) lebih USD$1000. Buat dengan tanduk badak sumbu. Sarungnya juga boleh mencecah ribuan dolar jugak. Ntahla, aku bajet nak beli dalam RM50 jer sepasang tu. ada jer. RM20 pun ader. Janji oke dahla. Bukan nak buat pegi medan perang pun, kan? So, tunggula esok macamana. Aku nak upload gambar kat blog ni pun bukan main susah. Yang aku penah upload tu, aku rasa ada 45minit baru siap. Kalau ada peluang, akanku upload nanti. Insyaa Allaah.
Oklah, malam pun dah larut. Aku pun dah takder apa nak cerita lagi. Sebenarnya ada nak cerita, tapi tunggu sahih betul nanti aku akan cerita kat korang. Hehehe. Setakat ni baru 20% sahih. Apapun, Allaah jualah sebaik-baik perancang. Wahai Allaah, kau ampunkan dosa aku yang lalu, dosa isteriku, walid dan ummi, adik-adik beradikku serta semua ahli keluargaku dan orang-orang yang banyak membantu aku dalam perjuangan di jalanMu. Berilah kebahagiaan kepada mereka dan bantulah mereka dalam setiap perancangan yang mereka tempuhi dan berilah yang terbaik kepada mereka kerana Engkau lebih Tahu tentang apa yang terbaik untuk kami semua. Kau kurniakan zuriat kepadaku zuriat yang soleh dan solehah. Jadikanlah mereka orang-orang yang akan berjuang di jalanMu. Namun, apapun jua kehendakMu, aku tetap redha.
p/s : post ni pun sebenarnya aku tak boleh post pada waktunya. Masa lepas aku type, internet macam kurang bermaya je. So, aku paste kat dalam word dulu.