Thursday, February 11, 2010

The New Beginning...

assalaamualaikum..
its an honour again to write here...
kebelakangan ni, aku sering terdetik utk memulakan langkah baru.. jauh dari apa yg aku buat selama ni.. jauh dr muzik... jauh dari kelalaian dunia...
seperti yg kita ketahui, bumi semakin tua.. semakin dekat ke penghujung.. itu pasti.. itu janji Allah.. cuma, adakah kita bersedia atau tidak? apakah kita di jalan yg sebenar?

aku ingin bertanya kepada diri sendiri dan juga kpd semua yg masih membaca blog ini, apakah islam itu sekadar diwarisi? atau ianya perlu didalami?

sesungguhnya mukmin yg baik itu ialah mukmin yg sentiasa lebih baik dari hari ke hari... berdoalah dalam setiap langkah kehidupan utk menjadi hamba yg bakal mendapat rahmat Allah utk menjadi penghuni jannah... aamiin...

sedarlah bahawa kita beriman apabila kita yakin dan percaya dgn apa yg kita tidak nampak menerusi bukti2 yg diwariskan kepada kita, al quran dan as sunnah...

semoga Allah swt sentiasa menjadikan kita dari golongan yg mengikut perjalanan hidup para salafussooleh..

wallaahu a'lam

1 comment:

taiptenang said...

=) setuju.