Sunday, June 05, 2011

Yemen Unrest

Bismillaahi walhamdulillaah.
Lama sungguh nak buleh dapat internet kembali. Cyber cafe semua selalunya penuh. Aku dengan Ben kat sini alhamdulillaah selamat. Walaupun Ben 2 kali mendengar bunyi peluru lalu berdekatan beliau. Kami selalu berada di lambong(bumbung). Memerharti dari jauh keadaan 'gunbattle' antara pihak Presiden dan qabilah Hashad. Selalunya dapat merakam bunyi bedilan bom dan senapang mesin.
Mudeer selalu pesan jangan ke bumbung, tapi kami ni bukan degil, tapi 'curious'. Kadang tu terpikir jugak pepatah jawa, 'curiousity kills the cat'. Namun kami tawakkal. Insyaa Allaah semuanya selamat. Aamiin.
Sekarang aku dah masuk buku 2. Ustaz kata dalam 2 bulan lagi aku akan mula belajar hadith dan quran. Dalam bahasa arab. Semoga apa yang aku pelajari nanti dapat membantu ummahku di Malaysia. Tertonton juga video-video mengenai syiah yang songsang. Kejinya mereka dengan kata-kata kesat terhadap para sahabat dan ummul mukminiin. Semoga orang-orang yang hanya taqleed kepada mereka diberi hidayah kepada Allaah. Nak cerita pasal syiah ni, memang seminggu pun tak habisla rasanya. Tapi, apapun yang korang buat, bertaqwaalah kepada Allaah dan ittiba'lah dengan nabi dan rasulNya.
Aku ada call ummi suatu malam. Sudah tidur orang tuaku. Rindu suara dan wajah mereka. Insyaa Allaah kami semua dipanjangkan umur dan bakal bertemu kembali. Aamiin. Aku juga ada 'call' Batman. Dia pun alhamdulillaah sihat. Sheikh Hussain baru beberapa hari balik dari Jepun. Alhamdulillaah, semoga Allaah menjaga dia untuk terus berdakwah di jalanNya. Aamiin.

Cerita perang saudara Yaman ni menjadi topik khutbah masjid juga. Imam masjid Firdaus di bandar Sa'wan sebak dadanya, mengalir air matanya mengenangkan bangsanya menjadi mangsa tipudaya syaitan la'natullaah. Bagaimana bisa sesama Islam mampu membunuh sesama sendiri? Bagaimana akhirat itu menjadi kabur dek kerana kerakusan dan ketamakan manusia?
Semalam dengarnya presiden dah kena sebijik. Hari ni, suasana sedikit suram. Genjatan senjata dengarnya seminggu. Ali Abdullah Saleh atau juga dikenal dengan Ali Abdullah Toleh oleh sesetengah rakyatnya, masih belum mahu turun. Macam-macam rencana dilakukannya. Nampak bodoh kepada orang yg berpendidikan, tapi nampak mulia bagi orang-orang yg tidak mahu berfikir. Semoga Yaman kembali aman.

Sabda Nabi Sallallaahu 'alaihi wasallam : Al iimaanu yaman, walhikmatu yamaniyy...

Allaahu musta'aan.

1 comment:

Zalisa Maz said...

Kisah hidup mu ini andai dibukukan amat menarik. InsyaAllah ramai pembacnya. Teruskan menulis seperti ini sehingga dapat dijadikan buku :)