Bismillaahi walhamdulillaah... Wassolaatu wassalaamu 'alaa rasuulillaah..
0516(Sana'a), 31 Mac 2011.
Segala Puji dan Puja yang tidak terhingga buat Pencipta Alam, solawat dan salam ke atas Nabi terakhir, Muhammad ibn Abdillaah.
27 Mac aku terbang dengan Yemenia pada jam 11am. Perjalanan menuju ke Jakarta dulu. Di Jakarta, semua penumpang diminta turun ke terminal kerana kerja pembersihan dilakukan. Selepas lebih kurang sejam, aku terbang semula menuju Dubai. Tiba di Dubai lebih kurang jam 4pm waktu tempatan di sana. Katanya selepas sejam, kami akan terbang semula. Tapi lepas 2 jam lebih, takde tanda2 untuk terbang lagi. Pak-pak arab dari suku tidak bertamaddun sudah mula buat bising dan naik gila. Sementara ada sebahagian mereka yang berpelajaran hanya tenang. Tiba-tiba, Kapten berbicara mengatakan cuaca di Sana'a tidak menginzinkan untuk kami mendarat di sana, Sana'a. Puak-puak tidak bertamaddun tadi tidak menghiraukan kata-kata kapten sebaliknya terus membuat bising seperti orang-orang ulu di kawasan orang asli pedalaman. Malah orang-orang asli pon tidak sedemikian. Dalam hati aku, patutla nabi Muhammad datang di kalangan mereka.
Selepas lebih kurang 9jam di dalam kapalterbang, dan tempat duduk pon sudah terasa nipis, kapalterbang akhirnya kembali di udara.. Waktu itu aku sudah tertidur. Dan pada jam sekitar 3pagi waktu Yaman, kami semua tiba... Jeng jeng jeng.. Di Aden! Apa? Kenapa Aden? Sebab aku tadinya tidur, tak dengarlah hebahan kapten atau pramugari-gara tadi. Alhamdulillaah 'alaa kulli haal, selamat sampai di Aden, kota pelabuhan Yaman.
Di airport Aden, semasa nak keluar ke terminal, sedikit huru hara terjadi. Dimintanya visa daripada penumpang-penumpang Malaysia. Aku dah cuak, tapi lagak "cool" mesti dikekalkan. Imigresen mereka kecoh, "where is your visa?".. Aku cakapla, "there's no more visa for us to fly to Yemen".. pastuh 2,3 orang beralih tangan pasport kami, dengan soalan bodo yang sama. Dorang ni takde briefing ke setiap kali "rules and regulation" baru dikeluarkan? Mungkin sebab tidak pernah berlaku keadaan di mana warga Malaysia keluar terus dari Malaysia ke Aden, maka mereka menjadi panic yang sebegitu.. Alhamdulillaah, selepas lebih kurang 45minit, kami keluar menghirup udara Aden secara tidak dijangka, namun itulah kuasa Allaah. Segala Puji bagiMu.
Semua penumpang Yemenia tadi dibawa ke 2 hotel. Separuh ke Hotel al-Qasr, tempat aku menginap, separuh lagi entah ke mana entah. Dalam bus(van aje), ada desas desus mengatakan bahawa kami akan dibawa ke Sana'a dengan bas pada esok harinya. Katanya perjalanan dengan bas akan mengambil masa 5 hingga 8jam. Apa-apapun, aku ikut ajer, janji sampai di Sana'a...
Tiba di Hotel al-Qasr, Maasyaa Allaah tabaarakallaah... Hotel yang sangat lawa dan indah seperti sebuah istana, memang dorang design macam istana kot. Proses untuk mendapat bilik adalah leih kurang sejam. Kami disediakan "fruit juice" sementara menunggu kunci. Setelah seketika, dapatla kunci. Aku dan isteri dapat suite! hehehe.. Alhamdulillaah.. dan bilik itu sangat cantik dan selesa.. Ruben dapat bilik sendiri. Di tingkat bawah. Duluxe room, 5stars hotel. Yang paling penting, gratis! Oh ya... sementara menunggu kunci tadi, kami dibenarkan membuat panggilan ke mana saja yang disukai. Aku pon telefon Aunty Sarah yang waktu itu berada di Sana'a. Dan cuba telefon ke Malaysia, tetapi tidak berjaya.. Takpela, badan dan penat, rehat dulu, esok baru akan cuba call lagi...
p/s : terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir ke airport, keluarga aku, keluarga isteriku, keluarga Ben, Farid Bidin, Imtiaz Yee, M Izwan Sabri, Ja'far Sukor, Dzaki dan semualah... Semoga Allah memelihara kalian dan menjadikan kalian sebahagian dari orang2 yang merasa Jannah, aamiin
Thursday, March 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment