Bismillaahi walhamdulillaah.
29 Mac 2011. Tiba di airport pukul lebih kurang 1300. Masa nak masuk, mamat imigresen 'berlagak' tu tanya, "why you come here?". "Laaa... Suka ati aku la nak datang pon, ada aku mintak duit ko ke?", hati nakal mendetik. Dia ni apsal ntah. Tapi aku layankan ajer sebab malas nak "argue". Aku cakap jer aku tengah tunggu kawan, pastuh dia kata OK. After bag semua dah dapat, Hannah dan Sultan pon sampai. Kena isi form apa ntah, aku dah penat dan malas nak buat aper.
After that, kami keluar dari airport dan naik teksi menuju ma'had kami, Sana'a Institute for Arabic Language(SIAL). Dalam perjalanan, kami singgah beli kabsah. Tapi kambing takde. Ada ayam je. Takpe la, janji dapat makan. Perut dah lapar la katakan. Lepas tu kami terus ke SIAL. Sampai ajer, terus makan dan berehat. Sambil tu Hannah cakap pengetua(mudeer) nak jumpa. Lepas makan tunggu kat hall. Tunggu punya tunggu takde dia. Jadi kami balik bilik.
Lepas Asr, kami jumpe pengetua dan dia pon cakap serba sedikit tentang tempat ni(SIAL). Tempat ni asalnya dekat bandar tempat rusuhan, tapi pindah sebab ada masalah dengan sewa bangunan tempat asal tu. Sekarang, bangunan SIAL yang baru ni(juga rumah mudeer di tingkat paling atas) milik penuh Muhammad al-Aniisi.
Maghrib itu, aku ke masjid berdekatan. Di sini aku teruja untuk melihat orang-orang islam di sini bersolat. Ternyata, bukan Malaysia negara yang jauh nun di sana saja yaang bertaqlid, di sini juga sama. Di masjid ini. Malah lebih pelik sekali nak dikata. Orang yang azan dan iqaamat, dia sendiri juga yang mengimami solat. Pelik tetapi benar. Selesai solat maghrib jama'ah, aku perhatikan pakcik-pakcik tua bersolat sunnah qabliyyah. Ada yang mengikut perbuatan Imam Malik ketika beliau tidak berdaya mengangkat tangan ketika qiyam selepas takbir. Sungguh bahaya taqlid buta ini. Semoga Allah memelihara kita semua dari kelemahan-kelemahan, aamiin. Biasanya di sini, selepas maghrib semua jama'ah akan menunggu terus waktu Isya' kerana tidak terlalu berbeza masa antara kedua solat. Jadi aku juga santai di tepi masjid sambil mengulang sedikit ayat-ayat yang sudah dihafaz..
Selepas Isya', kami di bawa oleh Ustaz Sultan ke bandar untuk menukar wang, membeli simkad dan beli makan. Malam itu, Ruben kedemaman. Oh ya, di SIAL waktu kami tiba, sudah terdapat beberapa orang pelajar. Uncle Ismail, Aunty An, Khairi, Anis(Thailand) dan adiknya, Hannah dan adiknya.
Semalam sebelum Khairi pulang, aku sempat bersama-sama Uncle Mail, Khairi dan Anis ke bandar tempat demonstrasi. Hampir jam 5pm kami ke sana. Keadaan sememang tidak seperti yang ditonjolkan di media. Suasana sangat aman dengar riuh tempik suara anak muda yang mau perubahan. Aku bukan ke situ menyokong tindakan mereka. Aku cuma mengambil kesempatan memerhati suasana dan terdetik di hati,
"Masyaa Allaah, alangkah baiknya jika semua manusia mengikuti jejak para salaf. Pasti mereka tidak di sini."
Terdetik juga untuk pergi ke kawasan satu lagi yang memihak kepada kerajaan, tapi mana aku tau nak ke sana. Dengarnya di sana, siapa yang menyokong kerajaan, dapat upah lumayan. Senario politik malaysia terbayang di minda aku. Betapa demokrasi berparlimen ini sememangnya hanyalah omongan kosong dan kejayaan yahudi paling besar. Membawa manusia ke lembah kehinaan paling dalam. Astaghfirullaah..
Selepas solat Maghrib, pada 30 Mac, Khairi berangkat pulang pada jam 11pm.
Hari ini, Uncle dan Aunty bertolak ke airport baru sekejap, 31 Mac, jam 815am.
Thursday, March 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment