Sunday, April 03, 2011

Alyoum fi Son'aa...


Bismillaahi walhamdulillaah...

Isnin (3 April 2011)
Hari ini class pertama bermula. Sepatutnya semalam, tetapi semalam kira macam "intro" kepada semua orang. Alhamdulillaah 'alaa kulli haal, permulaan yang sangat baik. Mungkin untuk aku, lebih senang sebab pernah belajar. Tapi untuk isteriku dan Ruben, mungkin sedikit kepayahan. Namun, dengan semangat dan iltizam yang tinggi serta kapasiti otak yang sememangnya mampu menampung data yang bertambah setiap hari insyaa Allah semuanya akan beres. Aaamiin... Malah, jika hidup 1000 tahun sekalipun, sehingga ke hari akhir umur itu, otak tidak bisa penuh lagi dengan data yang baru. Allaahul 'Azeem..

Hari ini, semangat baru datang.. Harap ia tidak luntur, doakan aku. Bermula dengan 2 hingga 3 muka sehari, aku ingin mencapai 50 muka sehari. Atau mungkin 100 muka sehari, insyaa Allaah. Semoga Allaah menjaga ilmu yang diberikan dan yang akan diberikan kerana aku kirimkan ilmu yang diberi ini kepadaNya untuk Dia menjaganya... Aaamiiin...

Bersama celoteh ini, aku selitkan perjalanan ke Baabul Yaman(Pintu Yaman). Peristiwa berdarah berlaku di situ. Bukan rusuhan, bukan juga demonstrasi, tetapi perbalahan manusia betul2 di pintu itu. Tak tahu kenapa, penjual henna(inai) di belasah seorang hamba Allaah. Kepalanya berdarah, astaghfirullaah. Sewaktu berjalan-jalan di kota ini, banyak jugak kedai yang kami masuki. Aku, Ruben dan Anis(seorang remaja lelaki dari Narathiwath berusia 19tahun) masuk ke beberapa buah kedai. Peniaga-peniaga di sini suka seakan-akan memaksa kita membeli barangan mereka. Rimas tu Allah aje yang tahu. Tapi, itulah sifat mereka. Kena belajar menerima dari sekarang.

Di sini hari cuti ialah Khamis dan Juma'at. Juma'at kelmarin, aku berjumpa Nazri. Dari tempat aku tinggal, kena naik teksi ke kawasan dia duduk. Naiklah teksi kami bertiga selepas selesai solat Juma'at di Masjid Firdaus dan makan di Restoran Green Hill. Teksi pertama membawa kami dekat dengan masjid Rais. Besar gila masjid tu. Adik Anis dan isteriku dah cuak sebab di situ adalah kawasan penyokong presiden berarak. Tapi kami bukan buat ape. Nak gi jumpe Nazri aje kot. Nazri tak boleh masuk ke kawasan tu sebab ramai gila orang! Jadi dia "call" cakap, "anta pegi ke Bravo Center".. Aku kata, "OK".. terus tahan teksi lain dan pegi ke situ. Tunggu dalam 7 minit, Nazri muncul.

Kitorang pegi berjumpa "malaysian students" yang tidak pulang. Ada 5 orang semua yang ada di situ. Dengarnya ada lagi yang tak balik. Apapun, alhamdulillaah... Semua yang jumpa tu adalah bermanhaj sama dengan kami, insyaa Allah.. Selesai makan kerpok dan jeppuk gandum, kami berempat ke Baabul Yaman lagi. Nazri nak beli barang. Kami tiba sekitar pukul 5pm. Jalan punya jalan, pegi makan kebab dulu di tengah-tengah kawasan berniaga tu. Selesai makan kami ke masjid. Sedikit kekhilafan berlaku semasa nak bersolat. Tak tahu jika boleh solat di masjid Syiah Zaidiyyah. Tapi sepanjang solat, semuanya sama. Kecuali masa azan dan iqamat, ada penambahan "Hayya 'alal khairil 'amal" selepas "Hayya 'alal falaah".. Nazri dijemput menjadi imam. So, selamatla kiranya sebab imam gang-gang salafi. Hehehe..

Oh, lupa nak cakap. Sebelum maghrib, kami jenguk tempat tawaf yang Abrahah buat. Kotor benar tempatnya. Tapi katanya, sehingga sekarang masih ada yang tawaf di situ. Semoga Allaah memberi petunjuk kepada mereka. Aamiin. Selesai maghrib itu, Nazri membawa kami ke masjid pertama di Sana'a, yang mana tiangnya diletakkan oleh Muaz ibn Jabl(kalau tak silap). Dan selepas itu Nazri pegi beli barang dia dan Anis beli selipar lagi sekali walaupun semalamnya baru beli dan dah hilang ketika maghrib semalamnya jugak.. Setelah itu, Nazri hantar kitorang balik ke SIAL. Dan dia berlalu

No comments: