Monday, April 18, 2011

Kematian...

Setiap yang hidup pasti menemui dan merasai mati. Mahu atau tidak. Rela atau tidak. Sedia mahupun tidak. Itu ketetapan Allah, sunnahNya. Tapi kita mahu mati dalam keadaan yang suci, yang bersih. Aamiin..

Suasana pada waktu kelas semalam, Ahad sungguh syahdu. Masjid yang biasanya tiada kedengaran apa2 waktu kelas berjalan semalam, tiba2 berkumandang bacaan quran. Dengarnya seperti Yaa Siin.. Benar barangkali. Rupanya ada kematian. Lazimnya di sini waktu kematian, akan di baca Yaa Siin. Jadi, apa bedanya dari tempat kita? Oh ya, ada bedanya. Tempat kita, baca Yaa Siin sambil buat makan2 dan macam2. Di sini, hanya Yaa Siin dan itu saje. Jadi kenapa dibaca? Persoalan lain timbul. Maknya, bukan masyarakat kita saja yang buta dalil. Masyarakat arab sendiri juga begitu. Jika tidak mahu belajar dan menerima sunnah, maka Islam itu akan menjadi Islam yg diwarisi turun temurun. Semoga Allaah menjaga kita semua dari kekeliruan dalam semua aspek kehidupan. Aamiin..

4 hari nan lalu, aku ditolak menjadi imam di masjid terdekat di kawasan aku. Tak tahu surah apa, hanya al-Waaqi'ah terngiang di otak. Kerana kegugupan menjadi imam kepada orang-orang baru, aku terpeleot 2 ayat. Alhamdulillah, hampir 10 orang ma'mum memperbetulkan bacaan. Terkenang sewaktu di masjid di kampung dahulu. Bila imam salah baca, takder yang tegur. Aku pon masa tu tak ambil cakna sangat pasal hafal quran. Sangat sedih. Di sini, jelas kelainan. Dari beberapa aspek. Aku belajar menjadi lebih menghargai hadiah Allaah. Lebih mahu dekat dengan Dia. Lebih mahu mempercepat hafaz sehingga akhir.

Bahasa arab aku makin oke, alhamdulillaah. Ruben juga semakin baik walaupon dah skip satu kelas. Apapon, syabbash betey kepada Ruben yang kuat semangatnya di sini. Dari kehidupan penuh kesenangan, kepada kehidupan penuh kesederhanaan. Di sini aku punya banyak waktu untuk berfikir dan bertenang. Walaupun ada syaitan datang mengganggu acapkali, namun aku sentiasa berdoa kepada Allaah supaya dijauhkan syaitan-syaitan itu supaya aku mampu mati dengan "Laa ilaaha illallaaah".

Udara di sini membuat aku sedikit lelah. Debunya, subhaanallaah. Pernafasan sedikit terganggu. Walaupun hanya baring di katil, bau debu masih doleh dihidu oleh rongga hidung. Alhamdulillaah, aku semakin belajar menjadi manusia di sini. Tanpa TV, tanpa futsal, tanpa shopping mall yang sebesar OU. Di sini, jika korang bisa bertemu seorang wanita dengan pakaian berwarna selain hitam, anda sangat beruntung. Kerana hampir 99.9% wanita di sini, bak kata Dr Bilal Philips adalah BMO. Black Moving Object. Dan sebenarnya ia agak membawa masalah kepada aku kerana setiap kali pegi market, aku susah nak cari mana satu isteri aku.

-Mati itu pasti wahai saudara-saudari. Jadi renungilah erti kematian dan pelajari bagaimana untuk bersedia mati. Dengan jiwa yang taubah, jiwa yang menyerah. Kerana Allah sentiasa mengampuni dan menerima manusia yang mahu kembali.-

1 comment:

Che Kay said...

terima kasih kerana terus berkongsi cerita. =)