Bismillaahi walhamdulillah...
Wassolaatu wassalaamu 'alaa rasuulillaah...
Sabtu : 2313 Waktu Sana'a.
Orang kata, nak cari ketenangan kena betul caranya, dah cukup. Tak perlu pegi mana-mana. Tapi aku rasa, cari ketenangan kena pada cara setiap individu. Ada yang hanya perlu cari budu. Ada yang pegi Jalan Pudu. Ada yang minum madu. Aku datang ke Yaman untuk menghafal al-Quran dan belajar ilmu yang tidak semua orang ingin. Ada yang ingin tetapi tidak buat. Ada yang buat, tapi di tempat sendiri aje. Ada yang hanya belajar untuk diri sendiri. Ada yang untuk sebarkan kepada ummah. Apapun, masing2 punya jalan sendiri. Punya hala tuju sendiri. Punya permulaan dan pengakhiran sendiri. Aku? Aku mungkin berakhir di sini. Mungkin tidak akan pulang lagi ke tempat aku dibesarkan. Kenapa tidak? Kerana aku bukan ke sini untuk mencari kekesalan. Aku ke sini mencari keredhaan. Jauh dari hiruk pikuk kotaraya dan fitnah dunianya. Jauh dari kesibukan duniawi yang menjauhkan aku dari akhirat. Memamah dunia yang fana yang sememang merosak jiwa. Masih ada syaitan yang memanggil-manggil aku pulang untuk berseteru dengannya. Tapi aku katakan tidak kerana jiwa tenang di sini. Menjauhi adalah lebih baik. Meninggalkan lebih utama kerana kerana Illahi.
Namun, aku mungkin akan singgah ke tanah tumpah darahku. Tanah yang ditanda jalur gemilang. Tanah yang dulu usang kini bangunan bersilang-silang. Aku bukan tidak rindukan Malaysia. Tapi aku ingin menjadi seorang abid sejati. Yang mampu berdiri dan berkata "Ahad! Ahad!" tidak kira bagaimana situasi. Bukan lari, tetapi berhati-hati. Biar dikata keji, tapi aku punya rasa sendiri. Bukan bersenang-senang di sini. Ada cabaran tersendiri. Jika mahu bersenang, kenapa di sini? Di sini bukan lebih baik dari Kuala Lumpur. Malah Perlis lebih baik dari sini. Jadi jangan buat andaian sendiri. Kerana dunia aku kini bukan seperti dulu lagi. Dunia aku kini mendekati Pencipta langit dan bumi. Bukan seperti dunia sesetengah orang. Mengejar sesuatu yang tak abadi. Gila, memang gila. Tapi ramai yang tidak mengaku kerana jiwa telah rosak teruk. Sentiasa aku doakan mereka yang begitu akan lebih mendekati Allah dan mencari erti kehidupan bukan menjana emosi yang tak terkawalkan kerana jika aku boleh pergi ke arah 'ini', kenapa tidak orang lain? Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Tapi perlu mula di sini. Di daerah yang fana ini.
Hari ini di sini hujan. Anak mudir, Muhammad namanya sebelum hujan turun dah membanting tulang mengembala tanah menanam jagung. Sungguh cekal semangatnya walau usia baru 8tahunan. Di sini hujan amat jarang, tetapi sekarang adalah musimnya. Alhamdulillaah. Walau sedikit bau yang tidak enak, namun manusia-manusianya semua gembira kerana air di sini bukan sebanyak di sana. Alhamdulillaah 'alaa kulli haal. Aku, Ben, isteriku, Hanna dan Asilah pergi ke bandar cari barang-barang untuk di masak. Bekalan untuk 2 minggu, insyaa Allaah. Kalau tak cukup, nanti beli lagi. Aku rindu saudara-saudara di Al-Khaadem. Semoga mereka semua dilindungi Allah. Juga walid dan ummi. Mok aka Zainab Ahmad. Ablong dan Kaklong serta anak2 saudaraku. Kak Ngah, Dayah dan Shafie, Lel dan Seni, Mus di Urdun juga Fifi. Juga semua keluarga besarku terutama Aisyah dan Imad. Semoga Allaah sentiasa memberi hidayah kepada mereka semua di jalan yang lurus dan memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Aamiin...
Seterusnya nanti, cerita janbiya dan lain-lain lagi. Insyaa Allaah.
Yaa Allaah, kau selamatkan isteriku dari kesedihan dan berilah dia kesenangan dan kebahagiaan sentiasa. Kau rahmatilah hidup kami berdua sebagaimana yang sering aku doakan ketika solat. Sememangnya aku bukanlah manusia yang sempurna namun aku cuba mendampingiMu sebaiknya. Kauberilah petunjuk kepada orang-orang yang tidak suka melihat kesenangan kami dan berilah mereka nikmat yang lebih utama. Kerana Engkau pemegang segala yang ada di alam ini. Berilah keberkahan ilmu supaya kami dapat beramal dengannya dan dicontohi manusia sejagat. Lindungi keluarga kami, sahabat handai kami, serta semua mu'min. Apapun yang Engkau telah taqdirkan semoga kami semua redha dan bersyukur kerana Engkau lebih tahu yang terbaik untuk setiap kami. Ampunkan dosa nenek moyang kami, semoga mereka Engkau masukkan ke dalam golongan orang-orang soleh. Aamiin yaa Rabbal 'aalamiin.
Sunday, April 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment