Saturday, April 23, 2011

Minggu ke-3 merangkap tarikh lahirku

Bismillaahi walhamdulillaah.

Dah malam pukul 9 kat sini. Usbuu' ath-thalitah. Tengahari tadi makan kat rumah Muhammad al-Kahili lagi. Buat kali ke-2 semenjak tiba di sini. Lepas makan, gang wanita pulang ke rumah dan gang lelaki temankan Muhammad ke bandar Haddah sebab dia nak email majikan dia yang lama yang dah balik ke London. Si Muhammad ni kerja dengan embassy Britain sebagai guard. Boleh cakap English yang boleh difahami dan banyak belajar arab dengan dia jugak. Lahjah kata orang tu. Dialek Yaman.

Aku, Ruben, Anis, Muhammad dan anak sedara Muhammad lepak di The Coffee Trader. Sebuah tempat yang ala-ala Starbucks gitu dong. Kat situ, internet agak laju berbanding di ma'had tempat kami tinggal. Jadi aku tolong Muhammad buat email dan email kepada orang yang dikehendaki.

Isteri masih kurang sihat, mohon kalian doakan dia kesihatan dan kebahagiaan. Aamiin. Bahasa arab dia pon dah makin bagus, alhamdulillaah.

Semalam (21 April 2011) kami 3 sekawan pegi Shumaila Hari Haddah beli barang. Aku dah serik beli air botol besar kerana rasanya ada sedikit seperti air paip yang amat lazat. Jadi aku beli 2 katon air mineral supaya isteri tidak sakit-sakit lagi. Kat sini barang semua murah memudahkan kami.

Oh ya.. Hari ini tarikh kelahiranku. Tidak mahu sambutan, tidak mahu ucapan hanya mahukan doa setiap hari dari semua supaya aku lebih istiqomah dan berjaya di Sana'a dan di 'sana'. Aamiin. Tak mahu sambutan kerana hari sebegini sepatutnya lebih mengingatkan kita kepada mati. Lebih mendekatkan kita kepada Allaah. Lebih membuat kita hampir kepada tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Bukanlah aku baik sangat, tapi aku cuba. Semoga Allaah membantu aku dalam semua urusan. Tidak mahu ucapan juga kerana tiada apa yang dapat membantu aku dengan ucapan-ucapan yang lalai. Semoga setiap mu'min yang mengucapkan Laailaaha illallaah Muhammad rasuulullaah berupaya menterjemah kesaksian itu kepada kehidupan sehari-hari. Memahami tawhid uluhiyyah, rubuubiyyah dan asma' wassifat Allaah dengan lebih yakin dan berdiri di atasnya. Bukan meyakini sifat Allaah yang direka manusia dan berpegang dengannya sehingga mampu mengatakan bahwa 'golongan yang berpegang teguh dengan aqidah para nabi, khulafa' ar-rasyidin serta mereka yang mengikut mereka dengan baik' adalah golongan yang sesat. Astaghfirullaah.

Semoga hari-hari kita yang mendatang dipenuhi dengan kebaikan dan kebajikan. Sentiasa berdoa kepada Allaah semoga kita sentiasa terpelihara dan dipertemukan dengan jalan yang lurus dan berpegang dengannya hingga hari terakhir kita bernafas dan mati dengan kalimah LAA ILAAHA ILLALLAAH. Semoga kita beroleh syurga di akhirat walau terpaksa menolak syurga di dunia. Aamiin.

1 comment:

Adib said...
This comment has been removed by a blog administrator.