Saturday, April 30, 2011

Janbiya dan Ruben

Bismillaahi walhamdulillaah. Wassolaatu wassalaamu 'alaa rasuulillaah.

Jum'ah, 29 April 2011
Hari ni aku bangun lambat sikit. Sejuknya lain macam hari ni. Pastuh aku masak nasik goreng sambil basuh pinggan yang sentiasa menimbun. Hari tu aku kopek bawang atau bahasa arabnya, basal. Macam nama anak aunty Nariman plak. Apapun, pada hari itu, buat pertama kalinya aku terasa betapa Ummi dulu sokmo koyok bawang tapi dok bising pon. Cuma kadang-kadang dia bising mungkin kerana kepenatan beliau balik dari sekolah, kena masak untuk anak-anak yang ramai. Pastuh ada buat kelas tusyen lagi. Ya Allaah, bahagiakan ibuku sebagaimana dia telah cuba membahagiakan kami selama ini. Kau berilah hidayah kepadanya sebagaimana Engkau telah menunjuk jalan kebenaran kepada rasul terakhirMu. Golongkan ibuku serta ayahku dan keluargaku dalam golongan orang-orang yang mengikut jalan salafussoleh dengan baik. Aamiin. Sesungguhnya Engkau yang Maha mengubah hati-hati manusia.

Lepas masak nasik goreng, aku suap makanan kat isteri yang masih belum sihat dari 'morning sickness'nya. Sebelum aku bawak makanan tu, aku mesin baju dulu. Selesai makan, aku 'spin' baju yang dibasuh tadi. Waajib manziliy(atau bahasa inggerisnya 'homework') aku dah buat masa ustaz bagi dalam class lagi. Bagus jugak dah belajar masa sekolah dulu. Takyah susah-susah sangat sekarang.

Pukul 1210, aku gerak ke Masjid Firdaus yang hanya 1km gitu jer dari tempat duduk aku. Aku dengan Anis tumpang mudir. Ruben lewat, dia solat kat masjid dekat ni ajer. Dekat padang bola aku main semalam. Lepas solat aku balik dan tunggu Cik Mat teksi datang. Nak keluar pegi beli janbiya. Aku dengan Ruben ajer yang pegi. Anis tak pegi. Sibuk 'planning' nak balik Thailand sambil hafaz quran barangkali. Ustaz Muhammad al-Sulton dah tak kerja sini lagi. Jadi Anis sekarang dah takder cikgu untuk tasmi' hafazan dia. Aku 'offer' untuk ganti ustaz kejap sementara ada orang lain yang datang.

Aku dan Ruben pergi Bab al-Yaman. Sampai jer, terus terjah kedai janbiya yang aku dah tengok hari tu. Tuan kedai dia takder. Tak kerja hari ni kata adiknya yang jaga tu. Takleh dapat diskon la ini macam, aku ngomel. Sambil tu, aku pegi kedai jual kain pelikat yaman(ma'waz) dengan ghutrah 'yemeni style'. Ruben beli satu ghutrah, aku pun rembat satu.

Lepas tu pegi tengok-tengok janbiya kat kedai lain. Tak berkenan sebab dah kira macam janji dengan kedai pertama tu dulu aku nak beli sana. Jadi aku gi sana balik. Ruben pun tengok-tengok dan beli satu set. Lepas semua siap, Ruben nak cari kot dengan ma'waz. Dekat tepi jalan tu dia beli 2 benda tu. 'Mission accomplished'.

Sambil gerak balik, aku memang dah 'plan' nak beli jus frawlah(strawberi) untuk zawjati. Dekat Restoran Remas di bandar Haddah ada jual. Pegi beli dekat situ. Lepas tu gi beli 'stationary' dan gi Shumaila Hari beli barang runcit. Keluar dari situ, aku singgah beli 'peach tea' dengan roti 'cinnamon'.

Dalam perjalanan balik tu, teksi ada masalah. Kena berenti isi air ke dalam 'radiator'. Ada budak sorang yang tolong dan kita dengan relanya bagi duit. Alangkah beruntung kita di Malaysia. Patut sangat bersyukur di sana. Masa jalan semula, aku nampak ribut pasir. Debu dan pasir berterbangan di udara! Cantik, tapi sebenarnya tak bagus untuk pernafasan. Apala jadi dekat orang yang berjalan kaki agaknya. Sampai rumah, agak susah nak angkut barang-barang sebab tak nampak apa. Nak benapas pun susah. Tapi kena jugakla. Muhammad bagi 'yoghurt' hasil dari tetek lembunya sendiri kat kampung. Alhamdulillaah. Semua ok hari ini.

1 comment:

Adib said...

Alhamdulillah