Sunday, June 05, 2011

Yemen Unrest

Bismillaahi walhamdulillaah.
Lama sungguh nak buleh dapat internet kembali. Cyber cafe semua selalunya penuh. Aku dengan Ben kat sini alhamdulillaah selamat. Walaupun Ben 2 kali mendengar bunyi peluru lalu berdekatan beliau. Kami selalu berada di lambong(bumbung). Memerharti dari jauh keadaan 'gunbattle' antara pihak Presiden dan qabilah Hashad. Selalunya dapat merakam bunyi bedilan bom dan senapang mesin.
Mudeer selalu pesan jangan ke bumbung, tapi kami ni bukan degil, tapi 'curious'. Kadang tu terpikir jugak pepatah jawa, 'curiousity kills the cat'. Namun kami tawakkal. Insyaa Allaah semuanya selamat. Aamiin.
Sekarang aku dah masuk buku 2. Ustaz kata dalam 2 bulan lagi aku akan mula belajar hadith dan quran. Dalam bahasa arab. Semoga apa yang aku pelajari nanti dapat membantu ummahku di Malaysia. Tertonton juga video-video mengenai syiah yang songsang. Kejinya mereka dengan kata-kata kesat terhadap para sahabat dan ummul mukminiin. Semoga orang-orang yang hanya taqleed kepada mereka diberi hidayah kepada Allaah. Nak cerita pasal syiah ni, memang seminggu pun tak habisla rasanya. Tapi, apapun yang korang buat, bertaqwaalah kepada Allaah dan ittiba'lah dengan nabi dan rasulNya.
Aku ada call ummi suatu malam. Sudah tidur orang tuaku. Rindu suara dan wajah mereka. Insyaa Allaah kami semua dipanjangkan umur dan bakal bertemu kembali. Aamiin. Aku juga ada 'call' Batman. Dia pun alhamdulillaah sihat. Sheikh Hussain baru beberapa hari balik dari Jepun. Alhamdulillaah, semoga Allaah menjaga dia untuk terus berdakwah di jalanNya. Aamiin.

Cerita perang saudara Yaman ni menjadi topik khutbah masjid juga. Imam masjid Firdaus di bandar Sa'wan sebak dadanya, mengalir air matanya mengenangkan bangsanya menjadi mangsa tipudaya syaitan la'natullaah. Bagaimana bisa sesama Islam mampu membunuh sesama sendiri? Bagaimana akhirat itu menjadi kabur dek kerana kerakusan dan ketamakan manusia?
Semalam dengarnya presiden dah kena sebijik. Hari ni, suasana sedikit suram. Genjatan senjata dengarnya seminggu. Ali Abdullah Saleh atau juga dikenal dengan Ali Abdullah Toleh oleh sesetengah rakyatnya, masih belum mahu turun. Macam-macam rencana dilakukannya. Nampak bodoh kepada orang yg berpendidikan, tapi nampak mulia bagi orang-orang yg tidak mahu berfikir. Semoga Yaman kembali aman.

Sabda Nabi Sallallaahu 'alaihi wasallam : Al iimaanu yaman, walhikmatu yamaniyy...

Allaahu musta'aan.

Wednesday, May 25, 2011

Gunshots.. tat tat taaatt...

Bismillaahi walhamdulillaah.

Memang betul! Bunyi tembakan sejak semalam lagi. Tapi awalnya aku ingat dorang 'training'. Baru pagi tadi aku diberitahu mudeer bahawa itu adalah pergaduhan antara pihak kerajaan dan kabilah paling besar di Yaman ni. Maasyaa Allaah, terasa nak hantar isteri pulang je la di otakku. Apapun, kita tunggu dan lihat. Semoga Allaah memelihara kami semua di sini.

Petang tadi, kelas dengan Ustaz Ali selepas semalam ustaz tak datang sebab hujan lebat. Paling lebat di sini semenjak ketibaan aku. Siap dengan guruh lagi. Alhamdulillaah 'ala kulli haal, cuaca jadi lebih best.

Letrik hari ni masih sama macam semalam. Manjang takder je. Tapi kami semua harungi kehidupan seperti biasa. Alhamdulillaah dapat makan, dapat tidur dengan aman. Bunyi tembakan hari ini masih kedengaran. Semalam 5 orang dah 'goal'. Jadi hari ni kami hanya duduk dalam rumah. Mudeer dah nasihat jangan keluar. Takut tiba-tiba ada peluru sesat karang, sia-sia ajer. Ruben pun dah cuak takut mak dia panggil balik dan belajar kat MEDIU(universiti Wahabi bak kata Zamihan al-Bahluuli). Tapi apapun, kukan tetap di sini. Insyaa Allaah selama dan sedaya termampu.

Doakan aku, jazaakumullaahu khairan.

Saturday, May 21, 2011

Pizzaiola yummy!

Bismillaahi walhamdulillaah.
Hari ini, aku ke hospital untuk check kondisi isteri. Tapi, lupa Jumaat mana kerja di sini. Lalu kami pulang hampa. Tiba je di rumah, Nazri call. Cakap nak jumpe. Aku pon tanya bivhi no 1. Dia kata ok. Nazri akan datang bersama isteri dan anak mereka, 'Umar aka si Montel! Akhirnya ketemu juga aku dengan 'Umar.

Setelah tersesat lebih kurang 20 minit, akhirnya Nazri sampai lebih kurang jam 1744. Dah nak dekat maghrib tu. Bila dia sampai, terus ajak duduk di ruang tamu. Wanita-wanita duduk di bawah. Kami bercerita sambil aku kejutkan Ruben. Azan je, kami ke jami'(masjid) yg terdekat.

Balik je dari masjid, kami terus naik kereta Nazri. Muat pulak 6 orang yang hampir mantap semua sizenya. Alhamdulillaah, isteriku yang ingin makan pizza, dapat pizza di Pizzaiola. Kami order 3 pizza, dan masing-masing air. Semua 6 orang, sikit lagi nak sampai YER10000. Hari tuh makan kat restoran Thai, YER9000 untuk 4 orang. Sungguh murah sekali pizza di sini. Dan sedap sekali. Puas hati dan insyaa Allaah datang lagi. Menghala balik tu, aku pegi lalu kedai 'Asian Food'. Kedai runcit asia. Katanya ada semua kat situ barang runcit asia. Kuey teow, gula melaka(nissang kata orang Terengganu) dan lain-lain. Tadi dah tutup kedainya. Lepas tu menghala pulang ke rumah, singgah "fee coffee". Beli dessert pulak. Then dalam pukul 2155, kami sampai rumah. Gate, seperti biasa dah tutupla. Aku call Uncle Muhammad dan dia turun tolong buka pintu pagar. Syukran 'ammu!

Masuk je bilik, kitorang bersedia untuk solat 'isya'. Alhamdulillah setelah selesai solat 'isya', elektrik ada semula. Kat sini memang macam ni la. Kejap ada letrik, kejap gelap. Inilah kehidupan di Yaman yang penuh sederhana.

Sekarang, masa pun dah lewat, jadi aku nak tidur dulu. Kepada sesiapa yang membaca, teruskan berdoa untuk kami. Selamat di sini, jauhkan kami dari gangguan-gangguan yang tidak perlu. Mudahkan perjalanan hidup kami semua. Semoga Allaah memelihara kalian semua dari kesusahan. Aamiin.

Saturday, May 14, 2011

Minggu yang baik, Alhamdulillaah.

Dah berapa hari dok tahu dok berblog. Ada sedikit "busy" dan juga kerana internet yang mempunyai masalah seperti sediakala. Sorry Zul. Lama dok nampok mung kat email chat. Harap mu ok. Aamiin...

Sepanjang tempoh tidak berblog, aku banyak habiskan masa menghafal(bukan riak, bagitau je). Dan juga keluar cari barang2 untuk dikirim ke Malaysia sebab Anis nak balik Thailand melalui KLIA. Ablong dan Nasrul(sepupuku) kirim madu Yaman. Aku dah beli dan dah packing. Aku jugak beli serban untuk walid, kain untuk Babah dan Along(sepupu).

4 hari lalu, sepasang warga Singapura datang ke sini. Uncle Muhammad dan isteri beliau. Uncle tinggal di Singapura dan Melbourne, Australia. Menjalankan perniagaan di Singapura, membesarkan anak di Aussie. Alhamdulillaah, uncle dan keluarga adalah semanhaj dengan aku. Jadi senang berborak dan berfikir bersamanya.

Opss.. akhir bulan ni, Umm Dunya juga akan datang ke sini, dari Dubai. Aku dah bagitau mudeer dan dia kata ok. Semua berjalan dengan lancar. Alhamdulillaah.

Satu lagi hal yang "best" ialah, isteri sudah berbadan dua. Alhamdulillah. Dah pergi "scan" 3 hari lepas, dah 6 minggu kata doktor. Semoga Allaah menganugerahkanku zuriat yang sihat, wasiim@jamiilah serta tinggi imannya. Dan juga aku berdoa semoga dia mampu menjadi pejuang dan pembela islam suatu hari nanti. Aamiin..

Aku sebenarnya tengah migrain sekarang ni, jadi nanti aku taip lagi bila dah ok. Sekian dulu untuk kali ini. Akbar Azmi melaporkan dari Sana'a, Yaman.

Saturday, April 30, 2011

Janbiya dan Ruben

Bismillaahi walhamdulillaah. Wassolaatu wassalaamu 'alaa rasuulillaah.

Jum'ah, 29 April 2011
Hari ni aku bangun lambat sikit. Sejuknya lain macam hari ni. Pastuh aku masak nasik goreng sambil basuh pinggan yang sentiasa menimbun. Hari tu aku kopek bawang atau bahasa arabnya, basal. Macam nama anak aunty Nariman plak. Apapun, pada hari itu, buat pertama kalinya aku terasa betapa Ummi dulu sokmo koyok bawang tapi dok bising pon. Cuma kadang-kadang dia bising mungkin kerana kepenatan beliau balik dari sekolah, kena masak untuk anak-anak yang ramai. Pastuh ada buat kelas tusyen lagi. Ya Allaah, bahagiakan ibuku sebagaimana dia telah cuba membahagiakan kami selama ini. Kau berilah hidayah kepadanya sebagaimana Engkau telah menunjuk jalan kebenaran kepada rasul terakhirMu. Golongkan ibuku serta ayahku dan keluargaku dalam golongan orang-orang yang mengikut jalan salafussoleh dengan baik. Aamiin. Sesungguhnya Engkau yang Maha mengubah hati-hati manusia.

Lepas masak nasik goreng, aku suap makanan kat isteri yang masih belum sihat dari 'morning sickness'nya. Sebelum aku bawak makanan tu, aku mesin baju dulu. Selesai makan, aku 'spin' baju yang dibasuh tadi. Waajib manziliy(atau bahasa inggerisnya 'homework') aku dah buat masa ustaz bagi dalam class lagi. Bagus jugak dah belajar masa sekolah dulu. Takyah susah-susah sangat sekarang.

Pukul 1210, aku gerak ke Masjid Firdaus yang hanya 1km gitu jer dari tempat duduk aku. Aku dengan Anis tumpang mudir. Ruben lewat, dia solat kat masjid dekat ni ajer. Dekat padang bola aku main semalam. Lepas solat aku balik dan tunggu Cik Mat teksi datang. Nak keluar pegi beli janbiya. Aku dengan Ruben ajer yang pegi. Anis tak pegi. Sibuk 'planning' nak balik Thailand sambil hafaz quran barangkali. Ustaz Muhammad al-Sulton dah tak kerja sini lagi. Jadi Anis sekarang dah takder cikgu untuk tasmi' hafazan dia. Aku 'offer' untuk ganti ustaz kejap sementara ada orang lain yang datang.

Aku dan Ruben pergi Bab al-Yaman. Sampai jer, terus terjah kedai janbiya yang aku dah tengok hari tu. Tuan kedai dia takder. Tak kerja hari ni kata adiknya yang jaga tu. Takleh dapat diskon la ini macam, aku ngomel. Sambil tu, aku pegi kedai jual kain pelikat yaman(ma'waz) dengan ghutrah 'yemeni style'. Ruben beli satu ghutrah, aku pun rembat satu.

Lepas tu pegi tengok-tengok janbiya kat kedai lain. Tak berkenan sebab dah kira macam janji dengan kedai pertama tu dulu aku nak beli sana. Jadi aku gi sana balik. Ruben pun tengok-tengok dan beli satu set. Lepas semua siap, Ruben nak cari kot dengan ma'waz. Dekat tepi jalan tu dia beli 2 benda tu. 'Mission accomplished'.

Sambil gerak balik, aku memang dah 'plan' nak beli jus frawlah(strawberi) untuk zawjati. Dekat Restoran Remas di bandar Haddah ada jual. Pegi beli dekat situ. Lepas tu gi beli 'stationary' dan gi Shumaila Hari beli barang runcit. Keluar dari situ, aku singgah beli 'peach tea' dengan roti 'cinnamon'.

Dalam perjalanan balik tu, teksi ada masalah. Kena berenti isi air ke dalam 'radiator'. Ada budak sorang yang tolong dan kita dengan relanya bagi duit. Alangkah beruntung kita di Malaysia. Patut sangat bersyukur di sana. Masa jalan semula, aku nampak ribut pasir. Debu dan pasir berterbangan di udara! Cantik, tapi sebenarnya tak bagus untuk pernafasan. Apala jadi dekat orang yang berjalan kaki agaknya. Sampai rumah, agak susah nak angkut barang-barang sebab tak nampak apa. Nak benapas pun susah. Tapi kena jugakla. Muhammad bagi 'yoghurt' hasil dari tetek lembunya sendiri kat kampung. Alhamdulillaah. Semua ok hari ini.

Friday, April 29, 2011

Akhirnya bermain bola...

Bismillaahi walhamdulillaah...

Internet kat sini bukan macam Malaysia. Mungkin aku dah cakap kot. Internet sini memang pelik sekali. Nak 'on' skype pon tak pernah dapat. Dan, kalau macam kat Malaysia, kita bayar 'every month', tanpa 'limit' berapa banyak ko nak pakai, ko pakaila. Kat sini, dia ada 'limit' berapa byte yang diguna. Yang aku dengar, gitula sistem dia. Tapi, alhamdulillaah 'alaa kulli haal, masih dapat 'online'. Tutup cerita internet, kembali kepada tajuk...

Petang tadi, yakni hari Khamis, pertama kali aku beriadhah di bumi arab ni. Main bola! Pakai baju... Messi no 10 yang Anis bagi. Budak-budak arab semua panggil aku Messi. Lantakla, janji senang. Walaupun aku main tak serupa Messi, wajahku jauh lebih tampan(hahahaha), tapi main bola tadi sangat membuat aku rasa 'best'. Ruben, seperti biasa hanya melihat dari tepi padang. Insyaa Allaah nanti akan kugoda beliau bermain bola juga. Padang dorang bukan macam Malaysia, berumput. Kat sini padang bedebu. Batu pon bukan main banyak. Gol buat dari bata. 'Court' futsal dengarnya ada, tapi setakat ni masih belum nampak lagi. Padang yang aku main tadi aku rasa tapak rumah orang. Tak lama lagi, bila rumah tu dah naik, dah takleh main lagi kat situ, kena cari tanah lapang lain. Apapun, aku suka kesederhanaan dorang ni. Walaupun terfikir cemana nak majukan tempat ni.

Si Ruben pun terfikir pasal tu. Nak majukan negara Yaman ni. Tapi, aku tanya jugak, entah berapa juta orang lagi agaknya yang terfikir nak buat macam tu kan? Tapi, itulah ketentuan Allaah. Atau mungkin belum tiba masanya. Wallaahu a'lam.

Semalam aku 'sms' Affan. Suruh call balik kalau ada masa dan kredit. Tak call pun. Dia tak berupaya la tu. Takperlah tu. Ada masa tu nanti dia insyaa Allaah 'call'. Aku kat sini takderla rindu sangat negara Malaysia tu. Tapi aku rindu keluarga dan warga Al-Khaadem. Semoga Allaah memelihara mereka dengan kuasaNya yang Maha Tinggi. Aamiin.

Walid, Ummi, Ablong+Kaklong+anak-anak mereka, Kak Ngah, Dayah+Shafie, Lel+Cik Seni, Fifi, Mok(nenek). Mustaqim pon. Tapi dia memang takde kat Malaysia pun. Pokcik-pokcik dan mokcik-mokcik serta sepupu-sepapanku jua.

Sheikh Hussain, Imtiaz, Izwan, Dzaki, Affan, Akmal, Batman(rakan raja lawakku), Yunus, Fathi, Shahril, Ja'far(yang pandai berahsia sekarang), Zul(tak sangat sebab chat sokmo), Matin, Nu'man(yang banyak tolong aku sebelum aku gerak ke sini) dan Nabil.

Minggu depan anak mudir ma'had kitorang kawen. Ni nak cerita pasal janbiya! Aritu aku ada cerita kan? Janbiya ni adalah senjata kuno bangsa Yaman. Alaa, macam melayu dengan keris mereka. Tapi kita dah tak sarung kat pinggang lagi zaman sekarang, kecuali berlakunya adat istiadat atau upacara tradisi. Di sini, janbiya ini mereka gunakan setiap hari bagi majoriti rakyatnya. Bukan orang tua jer. Budak umur 4 tahun pun ada janbiya. Hampir setiap hari pakai. Dalam ertikata lain, hari-hari tanpa janbiya adalah boleh dikira. Janbiya ni dalam kehidupan mereka adalah ibarat seperti orang melayu membeli baju raya setiap tahun. Dengar ceritanya, ada yang beli setahun 2 kali. Entah la, aku pun tak pasti sangat. Dengar-dengar gitu jerla. Kalau korang nak tahu lebih, wikipedia ada. Silalah taip di sana, saya pasti anda semua akan berjumpa sejarahnya dengan lebih terperinci. Haaaa, siang nanti aku nak pegi beli dengan Ruben. Bukan nak beli sangat, tapi sebab 'wedding' tu, kitorang cuba nak buat mudir 'happy'. Orang Yaman suka kalau kita pakai macam diorang. Macam orang melayu suka bangsa lain pakai baju melayu la. 'Budget' untuk janbiya takderla besar. 'Range' harga janbiya tergantung kepada materialnya. Ada yang buat dengan plastik, ada dengan kulit, ada dengan 'pvc', ada ngan besi, ada 'stainless steel' dan ada jugak dengan tembaga. Dan harga juga tergantung kepada hulu janbiya tu. Yang paling mahal setakat ni aku penah tengok dan pegang(pisaunya saja) lebih USD$1000. Buat dengan tanduk badak sumbu. Sarungnya juga boleh mencecah ribuan dolar jugak. Ntahla, aku bajet nak beli dalam RM50 jer sepasang tu. ada jer. RM20 pun ader. Janji oke dahla. Bukan nak buat pegi medan perang pun, kan? So, tunggula esok macamana. Aku nak upload gambar kat blog ni pun bukan main susah. Yang aku penah upload tu, aku rasa ada 45minit baru siap. Kalau ada peluang, akanku upload nanti. Insyaa Allaah.

Oklah, malam pun dah larut. Aku pun dah takder apa nak cerita lagi. Sebenarnya ada nak cerita, tapi tunggu sahih betul nanti aku akan cerita kat korang. Hehehe. Setakat ni baru 20% sahih. Apapun, Allaah jualah sebaik-baik perancang. Wahai Allaah, kau ampunkan dosa aku yang lalu, dosa isteriku, walid dan ummi, adik-adik beradikku serta semua ahli keluargaku dan orang-orang yang banyak membantu aku dalam perjuangan di jalanMu. Berilah kebahagiaan kepada mereka dan bantulah mereka dalam setiap perancangan yang mereka tempuhi dan berilah yang terbaik kepada mereka kerana Engkau lebih Tahu tentang apa yang terbaik untuk kami semua. Kau kurniakan zuriat kepadaku zuriat yang soleh dan solehah. Jadikanlah mereka orang-orang yang akan berjuang di jalanMu. Namun, apapun jua kehendakMu, aku tetap redha.

p/s : post ni pun sebenarnya aku tak boleh post pada waktunya. Masa lepas aku type, internet macam kurang bermaya je. So, aku paste kat dalam word dulu.

Saturday, April 23, 2011

Minggu ke-3 merangkap tarikh lahirku

Bismillaahi walhamdulillaah.

Dah malam pukul 9 kat sini. Usbuu' ath-thalitah. Tengahari tadi makan kat rumah Muhammad al-Kahili lagi. Buat kali ke-2 semenjak tiba di sini. Lepas makan, gang wanita pulang ke rumah dan gang lelaki temankan Muhammad ke bandar Haddah sebab dia nak email majikan dia yang lama yang dah balik ke London. Si Muhammad ni kerja dengan embassy Britain sebagai guard. Boleh cakap English yang boleh difahami dan banyak belajar arab dengan dia jugak. Lahjah kata orang tu. Dialek Yaman.

Aku, Ruben, Anis, Muhammad dan anak sedara Muhammad lepak di The Coffee Trader. Sebuah tempat yang ala-ala Starbucks gitu dong. Kat situ, internet agak laju berbanding di ma'had tempat kami tinggal. Jadi aku tolong Muhammad buat email dan email kepada orang yang dikehendaki.

Isteri masih kurang sihat, mohon kalian doakan dia kesihatan dan kebahagiaan. Aamiin. Bahasa arab dia pon dah makin bagus, alhamdulillaah.

Semalam (21 April 2011) kami 3 sekawan pegi Shumaila Hari Haddah beli barang. Aku dah serik beli air botol besar kerana rasanya ada sedikit seperti air paip yang amat lazat. Jadi aku beli 2 katon air mineral supaya isteri tidak sakit-sakit lagi. Kat sini barang semua murah memudahkan kami.

Oh ya.. Hari ini tarikh kelahiranku. Tidak mahu sambutan, tidak mahu ucapan hanya mahukan doa setiap hari dari semua supaya aku lebih istiqomah dan berjaya di Sana'a dan di 'sana'. Aamiin. Tak mahu sambutan kerana hari sebegini sepatutnya lebih mengingatkan kita kepada mati. Lebih mendekatkan kita kepada Allaah. Lebih membuat kita hampir kepada tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Bukanlah aku baik sangat, tapi aku cuba. Semoga Allaah membantu aku dalam semua urusan. Tidak mahu ucapan juga kerana tiada apa yang dapat membantu aku dengan ucapan-ucapan yang lalai. Semoga setiap mu'min yang mengucapkan Laailaaha illallaah Muhammad rasuulullaah berupaya menterjemah kesaksian itu kepada kehidupan sehari-hari. Memahami tawhid uluhiyyah, rubuubiyyah dan asma' wassifat Allaah dengan lebih yakin dan berdiri di atasnya. Bukan meyakini sifat Allaah yang direka manusia dan berpegang dengannya sehingga mampu mengatakan bahwa 'golongan yang berpegang teguh dengan aqidah para nabi, khulafa' ar-rasyidin serta mereka yang mengikut mereka dengan baik' adalah golongan yang sesat. Astaghfirullaah.

Semoga hari-hari kita yang mendatang dipenuhi dengan kebaikan dan kebajikan. Sentiasa berdoa kepada Allaah semoga kita sentiasa terpelihara dan dipertemukan dengan jalan yang lurus dan berpegang dengannya hingga hari terakhir kita bernafas dan mati dengan kalimah LAA ILAAHA ILLALLAAH. Semoga kita beroleh syurga di akhirat walau terpaksa menolak syurga di dunia. Aamiin.

Monday, April 18, 2011

Kematian...

Setiap yang hidup pasti menemui dan merasai mati. Mahu atau tidak. Rela atau tidak. Sedia mahupun tidak. Itu ketetapan Allah, sunnahNya. Tapi kita mahu mati dalam keadaan yang suci, yang bersih. Aamiin..

Suasana pada waktu kelas semalam, Ahad sungguh syahdu. Masjid yang biasanya tiada kedengaran apa2 waktu kelas berjalan semalam, tiba2 berkumandang bacaan quran. Dengarnya seperti Yaa Siin.. Benar barangkali. Rupanya ada kematian. Lazimnya di sini waktu kematian, akan di baca Yaa Siin. Jadi, apa bedanya dari tempat kita? Oh ya, ada bedanya. Tempat kita, baca Yaa Siin sambil buat makan2 dan macam2. Di sini, hanya Yaa Siin dan itu saje. Jadi kenapa dibaca? Persoalan lain timbul. Maknya, bukan masyarakat kita saja yang buta dalil. Masyarakat arab sendiri juga begitu. Jika tidak mahu belajar dan menerima sunnah, maka Islam itu akan menjadi Islam yg diwarisi turun temurun. Semoga Allaah menjaga kita semua dari kekeliruan dalam semua aspek kehidupan. Aamiin..

4 hari nan lalu, aku ditolak menjadi imam di masjid terdekat di kawasan aku. Tak tahu surah apa, hanya al-Waaqi'ah terngiang di otak. Kerana kegugupan menjadi imam kepada orang-orang baru, aku terpeleot 2 ayat. Alhamdulillah, hampir 10 orang ma'mum memperbetulkan bacaan. Terkenang sewaktu di masjid di kampung dahulu. Bila imam salah baca, takder yang tegur. Aku pon masa tu tak ambil cakna sangat pasal hafal quran. Sangat sedih. Di sini, jelas kelainan. Dari beberapa aspek. Aku belajar menjadi lebih menghargai hadiah Allaah. Lebih mahu dekat dengan Dia. Lebih mahu mempercepat hafaz sehingga akhir.

Bahasa arab aku makin oke, alhamdulillaah. Ruben juga semakin baik walaupon dah skip satu kelas. Apapon, syabbash betey kepada Ruben yang kuat semangatnya di sini. Dari kehidupan penuh kesenangan, kepada kehidupan penuh kesederhanaan. Di sini aku punya banyak waktu untuk berfikir dan bertenang. Walaupun ada syaitan datang mengganggu acapkali, namun aku sentiasa berdoa kepada Allaah supaya dijauhkan syaitan-syaitan itu supaya aku mampu mati dengan "Laa ilaaha illallaaah".

Udara di sini membuat aku sedikit lelah. Debunya, subhaanallaah. Pernafasan sedikit terganggu. Walaupun hanya baring di katil, bau debu masih doleh dihidu oleh rongga hidung. Alhamdulillaah, aku semakin belajar menjadi manusia di sini. Tanpa TV, tanpa futsal, tanpa shopping mall yang sebesar OU. Di sini, jika korang bisa bertemu seorang wanita dengan pakaian berwarna selain hitam, anda sangat beruntung. Kerana hampir 99.9% wanita di sini, bak kata Dr Bilal Philips adalah BMO. Black Moving Object. Dan sebenarnya ia agak membawa masalah kepada aku kerana setiap kali pegi market, aku susah nak cari mana satu isteri aku.

-Mati itu pasti wahai saudara-saudari. Jadi renungilah erti kematian dan pelajari bagaimana untuk bersedia mati. Dengan jiwa yang taubah, jiwa yang menyerah. Kerana Allah sentiasa mengampuni dan menerima manusia yang mahu kembali.-

Sunday, April 10, 2011

Aku ke sini mencari kedamaian..

Bismillaahi walhamdulillah...
Wassolaatu wassalaamu 'alaa rasuulillaah...

Sabtu : 2313 Waktu Sana'a.

Orang kata, nak cari ketenangan kena betul caranya, dah cukup. Tak perlu pegi mana-mana. Tapi aku rasa, cari ketenangan kena pada cara setiap individu. Ada yang hanya perlu cari budu. Ada yang pegi Jalan Pudu. Ada yang minum madu. Aku datang ke Yaman untuk menghafal al-Quran dan belajar ilmu yang tidak semua orang ingin. Ada yang ingin tetapi tidak buat. Ada yang buat, tapi di tempat sendiri aje. Ada yang hanya belajar untuk diri sendiri. Ada yang untuk sebarkan kepada ummah. Apapun, masing2 punya jalan sendiri. Punya hala tuju sendiri. Punya permulaan dan pengakhiran sendiri. Aku? Aku mungkin berakhir di sini. Mungkin tidak akan pulang lagi ke tempat aku dibesarkan. Kenapa tidak? Kerana aku bukan ke sini untuk mencari kekesalan. Aku ke sini mencari keredhaan. Jauh dari hiruk pikuk kotaraya dan fitnah dunianya. Jauh dari kesibukan duniawi yang menjauhkan aku dari akhirat. Memamah dunia yang fana yang sememang merosak jiwa. Masih ada syaitan yang memanggil-manggil aku pulang untuk berseteru dengannya. Tapi aku katakan tidak kerana jiwa tenang di sini. Menjauhi adalah lebih baik. Meninggalkan lebih utama kerana kerana Illahi.

Namun, aku mungkin akan singgah ke tanah tumpah darahku. Tanah yang ditanda jalur gemilang. Tanah yang dulu usang kini bangunan bersilang-silang. Aku bukan tidak rindukan Malaysia. Tapi aku ingin menjadi seorang abid sejati. Yang mampu berdiri dan berkata "Ahad! Ahad!" tidak kira bagaimana situasi. Bukan lari, tetapi berhati-hati. Biar dikata keji, tapi aku punya rasa sendiri. Bukan bersenang-senang di sini. Ada cabaran tersendiri. Jika mahu bersenang, kenapa di sini? Di sini bukan lebih baik dari Kuala Lumpur. Malah Perlis lebih baik dari sini. Jadi jangan buat andaian sendiri. Kerana dunia aku kini bukan seperti dulu lagi. Dunia aku kini mendekati Pencipta langit dan bumi. Bukan seperti dunia sesetengah orang. Mengejar sesuatu yang tak abadi. Gila, memang gila. Tapi ramai yang tidak mengaku kerana jiwa telah rosak teruk. Sentiasa aku doakan mereka yang begitu akan lebih mendekati Allah dan mencari erti kehidupan bukan menjana emosi yang tak terkawalkan kerana jika aku boleh pergi ke arah 'ini', kenapa tidak orang lain? Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Tapi perlu mula di sini. Di daerah yang fana ini.

Hari ini di sini hujan. Anak mudir, Muhammad namanya sebelum hujan turun dah membanting tulang mengembala tanah menanam jagung. Sungguh cekal semangatnya walau usia baru 8tahunan. Di sini hujan amat jarang, tetapi sekarang adalah musimnya. Alhamdulillaah. Walau sedikit bau yang tidak enak, namun manusia-manusianya semua gembira kerana air di sini bukan sebanyak di sana. Alhamdulillaah 'alaa kulli haal. Aku, Ben, isteriku, Hanna dan Asilah pergi ke bandar cari barang-barang untuk di masak. Bekalan untuk 2 minggu, insyaa Allaah. Kalau tak cukup, nanti beli lagi. Aku rindu saudara-saudara di Al-Khaadem. Semoga mereka semua dilindungi Allah. Juga walid dan ummi. Mok aka Zainab Ahmad. Ablong dan Kaklong serta anak2 saudaraku. Kak Ngah, Dayah dan Shafie, Lel dan Seni, Mus di Urdun juga Fifi. Juga semua keluarga besarku terutama Aisyah dan Imad. Semoga Allaah sentiasa memberi hidayah kepada mereka semua di jalan yang lurus dan memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Aamiin...

Seterusnya nanti, cerita janbiya dan lain-lain lagi. Insyaa Allaah.

Yaa Allaah, kau selamatkan isteriku dari kesedihan dan berilah dia kesenangan dan kebahagiaan sentiasa. Kau rahmatilah hidup kami berdua sebagaimana yang sering aku doakan ketika solat. Sememangnya aku bukanlah manusia yang sempurna namun aku cuba mendampingiMu sebaiknya. Kauberilah petunjuk kepada orang-orang yang tidak suka melihat kesenangan kami dan berilah mereka nikmat yang lebih utama. Kerana Engkau pemegang segala yang ada di alam ini. Berilah keberkahan ilmu supaya kami dapat beramal dengannya dan dicontohi manusia sejagat. Lindungi keluarga kami, sahabat handai kami, serta semua mu'min. Apapun yang Engkau telah taqdirkan semoga kami semua redha dan bersyukur kerana Engkau lebih tahu yang terbaik untuk setiap kami. Ampunkan dosa nenek moyang kami, semoga mereka Engkau masukkan ke dalam golongan orang-orang soleh. Aamiin yaa Rabbal 'aalamiin.

Monday, April 04, 2011

Cerita tentang Syaitan..

Bismillaahi walhamdulillaah...

Syaitan. Siapa tak kenal syaitan maka dia pasti lebih teruk dari itu. Siapa yang mempunyai sifat sepertinya, maka dia adalah syaitan jua. Dalam bentuk manusia, dalam bentuk jin, ia tetap syaitan. Syaitan, adalah makhluq hina yang akan mencari jalan untuk terus menyesatkan manusia. Manusia yang mau berubah, manusia yang masih lalai, bahkan manusia yang sudah berubah, syaitan tetap akan membelenggunya. Sedangkan syaitan itu merasa kagum dengan kebolehannya untuk menyesatkan manusia dan menyusahkan hidup orang-orang yang mau lari dari kejahatan.

Syaitan tetap teguh dengan usahanya. Topeng-topengnya hanya seketika membuat orang terpedaya. Mereka kononnya baik dan menyalahkan orang kerana dia mau menjerumus manusia ke lembah hina.

Hai syaitan dan pengikut syaitan! Kejinya engkau dari awwal kewujudan manusia hingga ke saat ini. Andai engkau bukan syaitan, maka berhentilah kerana jika engkau terus menjadi hina, maka tempatmu di sana pasti neraka.

Sunday, April 03, 2011

Alyoum fi Son'aa...


Bismillaahi walhamdulillaah...

Isnin (3 April 2011)
Hari ini class pertama bermula. Sepatutnya semalam, tetapi semalam kira macam "intro" kepada semua orang. Alhamdulillaah 'alaa kulli haal, permulaan yang sangat baik. Mungkin untuk aku, lebih senang sebab pernah belajar. Tapi untuk isteriku dan Ruben, mungkin sedikit kepayahan. Namun, dengan semangat dan iltizam yang tinggi serta kapasiti otak yang sememangnya mampu menampung data yang bertambah setiap hari insyaa Allah semuanya akan beres. Aaamiin... Malah, jika hidup 1000 tahun sekalipun, sehingga ke hari akhir umur itu, otak tidak bisa penuh lagi dengan data yang baru. Allaahul 'Azeem..

Hari ini, semangat baru datang.. Harap ia tidak luntur, doakan aku. Bermula dengan 2 hingga 3 muka sehari, aku ingin mencapai 50 muka sehari. Atau mungkin 100 muka sehari, insyaa Allaah. Semoga Allaah menjaga ilmu yang diberikan dan yang akan diberikan kerana aku kirimkan ilmu yang diberi ini kepadaNya untuk Dia menjaganya... Aaamiiin...

Bersama celoteh ini, aku selitkan perjalanan ke Baabul Yaman(Pintu Yaman). Peristiwa berdarah berlaku di situ. Bukan rusuhan, bukan juga demonstrasi, tetapi perbalahan manusia betul2 di pintu itu. Tak tahu kenapa, penjual henna(inai) di belasah seorang hamba Allaah. Kepalanya berdarah, astaghfirullaah. Sewaktu berjalan-jalan di kota ini, banyak jugak kedai yang kami masuki. Aku, Ruben dan Anis(seorang remaja lelaki dari Narathiwath berusia 19tahun) masuk ke beberapa buah kedai. Peniaga-peniaga di sini suka seakan-akan memaksa kita membeli barangan mereka. Rimas tu Allah aje yang tahu. Tapi, itulah sifat mereka. Kena belajar menerima dari sekarang.

Di sini hari cuti ialah Khamis dan Juma'at. Juma'at kelmarin, aku berjumpa Nazri. Dari tempat aku tinggal, kena naik teksi ke kawasan dia duduk. Naiklah teksi kami bertiga selepas selesai solat Juma'at di Masjid Firdaus dan makan di Restoran Green Hill. Teksi pertama membawa kami dekat dengan masjid Rais. Besar gila masjid tu. Adik Anis dan isteriku dah cuak sebab di situ adalah kawasan penyokong presiden berarak. Tapi kami bukan buat ape. Nak gi jumpe Nazri aje kot. Nazri tak boleh masuk ke kawasan tu sebab ramai gila orang! Jadi dia "call" cakap, "anta pegi ke Bravo Center".. Aku kata, "OK".. terus tahan teksi lain dan pegi ke situ. Tunggu dalam 7 minit, Nazri muncul.

Kitorang pegi berjumpa "malaysian students" yang tidak pulang. Ada 5 orang semua yang ada di situ. Dengarnya ada lagi yang tak balik. Apapun, alhamdulillaah... Semua yang jumpa tu adalah bermanhaj sama dengan kami, insyaa Allah.. Selesai makan kerpok dan jeppuk gandum, kami berempat ke Baabul Yaman lagi. Nazri nak beli barang. Kami tiba sekitar pukul 5pm. Jalan punya jalan, pegi makan kebab dulu di tengah-tengah kawasan berniaga tu. Selesai makan kami ke masjid. Sedikit kekhilafan berlaku semasa nak bersolat. Tak tahu jika boleh solat di masjid Syiah Zaidiyyah. Tapi sepanjang solat, semuanya sama. Kecuali masa azan dan iqamat, ada penambahan "Hayya 'alal khairil 'amal" selepas "Hayya 'alal falaah".. Nazri dijemput menjadi imam. So, selamatla kiranya sebab imam gang-gang salafi. Hehehe..

Oh, lupa nak cakap. Sebelum maghrib, kami jenguk tempat tawaf yang Abrahah buat. Kotor benar tempatnya. Tapi katanya, sehingga sekarang masih ada yang tawaf di situ. Semoga Allaah memberi petunjuk kepada mereka. Aamiin. Selesai maghrib itu, Nazri membawa kami ke masjid pertama di Sana'a, yang mana tiangnya diletakkan oleh Muaz ibn Jabl(kalau tak silap). Dan selepas itu Nazri pegi beli barang dia dan Anis beli selipar lagi sekali walaupun semalamnya baru beli dan dah hilang ketika maghrib semalamnya jugak.. Setelah itu, Nazri hantar kitorang balik ke SIAL. Dan dia berlalu

Thursday, March 31, 2011

Welcome to Sana'a(Son'aa)!, Good bye Khairi, Uncle & Aunty...

Bismillaahi walhamdulillaah.

29 Mac 2011. Tiba di airport pukul lebih kurang 1300. Masa nak masuk, mamat imigresen 'berlagak' tu tanya, "why you come here?". "Laaa... Suka ati aku la nak datang pon, ada aku mintak duit ko ke?", hati nakal mendetik. Dia ni apsal ntah. Tapi aku layankan ajer sebab malas nak "argue". Aku cakap jer aku tengah tunggu kawan, pastuh dia kata OK. After bag semua dah dapat, Hannah dan Sultan pon sampai. Kena isi form apa ntah, aku dah penat dan malas nak buat aper.

After that, kami keluar dari airport dan naik teksi menuju ma'had kami, Sana'a Institute for Arabic Language(SIAL). Dalam perjalanan, kami singgah beli kabsah. Tapi kambing takde. Ada ayam je. Takpe la, janji dapat makan. Perut dah lapar la katakan. Lepas tu kami terus ke SIAL. Sampai ajer, terus makan dan berehat. Sambil tu Hannah cakap pengetua(mudeer) nak jumpa. Lepas makan tunggu kat hall. Tunggu punya tunggu takde dia. Jadi kami balik bilik.

Lepas Asr, kami jumpe pengetua dan dia pon cakap serba sedikit tentang tempat ni(SIAL). Tempat ni asalnya dekat bandar tempat rusuhan, tapi pindah sebab ada masalah dengan sewa bangunan tempat asal tu. Sekarang, bangunan SIAL yang baru ni(juga rumah mudeer di tingkat paling atas) milik penuh Muhammad al-Aniisi.

Maghrib itu, aku ke masjid berdekatan. Di sini aku teruja untuk melihat orang-orang islam di sini bersolat. Ternyata, bukan Malaysia negara yang jauh nun di sana saja yaang bertaqlid, di sini juga sama. Di masjid ini. Malah lebih pelik sekali nak dikata. Orang yang azan dan iqaamat, dia sendiri juga yang mengimami solat. Pelik tetapi benar. Selesai solat maghrib jama'ah, aku perhatikan pakcik-pakcik tua bersolat sunnah qabliyyah. Ada yang mengikut perbuatan Imam Malik ketika beliau tidak berdaya mengangkat tangan ketika qiyam selepas takbir. Sungguh bahaya taqlid buta ini. Semoga Allah memelihara kita semua dari kelemahan-kelemahan, aamiin. Biasanya di sini, selepas maghrib semua jama'ah akan menunggu terus waktu Isya' kerana tidak terlalu berbeza masa antara kedua solat. Jadi aku juga santai di tepi masjid sambil mengulang sedikit ayat-ayat yang sudah dihafaz..

Selepas Isya', kami di bawa oleh Ustaz Sultan ke bandar untuk menukar wang, membeli simkad dan beli makan. Malam itu, Ruben kedemaman. Oh ya, di SIAL waktu kami tiba, sudah terdapat beberapa orang pelajar. Uncle Ismail, Aunty An, Khairi, Anis(Thailand) dan adiknya, Hannah dan adiknya.

Semalam sebelum Khairi pulang, aku sempat bersama-sama Uncle Mail, Khairi dan Anis ke bandar tempat demonstrasi. Hampir jam 5pm kami ke sana. Keadaan sememang tidak seperti yang ditonjolkan di media. Suasana sangat aman dengar riuh tempik suara anak muda yang mau perubahan. Aku bukan ke situ menyokong tindakan mereka. Aku cuma mengambil kesempatan memerhati suasana dan terdetik di hati,

"Masyaa Allaah, alangkah baiknya jika semua manusia mengikuti jejak para salaf. Pasti mereka tidak di sini."

Terdetik juga untuk pergi ke kawasan satu lagi yang memihak kepada kerajaan, tapi mana aku tau nak ke sana. Dengarnya di sana, siapa yang menyokong kerajaan, dapat upah lumayan. Senario politik malaysia terbayang di minda aku. Betapa demokrasi berparlimen ini sememangnya hanyalah omongan kosong dan kejayaan yahudi paling besar. Membawa manusia ke lembah kehinaan paling dalam. Astaghfirullaah..

Selepas solat Maghrib, pada 30 Mac, Khairi berangkat pulang pada jam 11pm.

Hari ini, Uncle dan Aunty bertolak ke airport baru sekejap, 31 Mac, jam 815am.

Hari-hari di Aden


Bismillaahi walhamdulillaah...

Hari seterusnya di Aden takde apa yang menarik sangat. Cuma menunggu khabar jika ada berita perjalanan ke Sana'a. Namun masih belum ada berita. Masa banyak dihabiskan berehat di bilik dan meninjau kawasan sekitar. Semua penumpang Yemenia saling berkenalan dan berborak.

Bersama kami sentiasa adalah wanita Djibouti bernama Zam Zam. Sungguh banyak menolong kami ketika di imigresen dan juga waktu-waktu terdesak. Alhamdulillaah.

Sehingga petang barulah ada berita dari Yemenia bahawa kami akan berangkat pagi esoknya jam 9, insyaa Allaah. Jadi, kena bangun awal, sarapan pada jam 6pagi kata "front desk". Maka kami tidur awal malam itu dan bangun dalam keadaan yang tidak kelam kabut.

Selepas sarapan, lebih kurang jam 730am, kami bergerak ke lapangan terbang untuk "check in". Di airport, keadaan sekali lagi huru hara apabila penumpang2 ke Hudaidah(sebuah daerah di Yemen) disarankan menaiki bas kerana pesawat akan membawa kami terus ke Sana'a. Setelah beratur lebih sejam, kami menaiki pesawat. Teringat peristiwa Ruben ditegur oleh seorang wanita Sudan barangkali, atau Mauritania? hahaha.. wallaahu a'lam. Ruben ditegur dalam bahasa mereka. Ruben kata, " i dun understand"... apa yang dia nak pun taktau la..

Dan pada jam kurang lebih 1130am, kami terbang ke Sana'a...

Permulaan hidup yang baru...

Bismillaahi walhamdulillaah... Wassolaatu wassalaamu 'alaa rasuulillaah..

0516(Sana'a), 31 Mac 2011.
Segala Puji dan Puja yang tidak terhingga buat Pencipta Alam, solawat dan salam ke atas Nabi terakhir, Muhammad ibn Abdillaah.

27 Mac aku terbang dengan Yemenia pada jam 11am. Perjalanan menuju ke Jakarta dulu. Di Jakarta, semua penumpang diminta turun ke terminal kerana kerja pembersihan dilakukan. Selepas lebih kurang sejam, aku terbang semula menuju Dubai. Tiba di Dubai lebih kurang jam 4pm waktu tempatan di sana. Katanya selepas sejam, kami akan terbang semula. Tapi lepas 2 jam lebih, takde tanda2 untuk terbang lagi. Pak-pak arab dari suku tidak bertamaddun sudah mula buat bising dan naik gila. Sementara ada sebahagian mereka yang berpelajaran hanya tenang. Tiba-tiba, Kapten berbicara mengatakan cuaca di Sana'a tidak menginzinkan untuk kami mendarat di sana, Sana'a. Puak-puak tidak bertamaddun tadi tidak menghiraukan kata-kata kapten sebaliknya terus membuat bising seperti orang-orang ulu di kawasan orang asli pedalaman. Malah orang-orang asli pon tidak sedemikian. Dalam hati aku, patutla nabi Muhammad datang di kalangan mereka.

Selepas lebih kurang 9jam di dalam kapalterbang, dan tempat duduk pon sudah terasa nipis, kapalterbang akhirnya kembali di udara.. Waktu itu aku sudah tertidur. Dan pada jam sekitar 3pagi waktu Yaman, kami semua tiba... Jeng jeng jeng.. Di Aden! Apa? Kenapa Aden? Sebab aku tadinya tidur, tak dengarlah hebahan kapten atau pramugari-gara tadi. Alhamdulillaah 'alaa kulli haal, selamat sampai di Aden, kota pelabuhan Yaman.

Di airport Aden, semasa nak keluar ke terminal, sedikit huru hara terjadi. Dimintanya visa daripada penumpang-penumpang Malaysia. Aku dah cuak, tapi lagak "cool" mesti dikekalkan. Imigresen mereka kecoh, "where is your visa?".. Aku cakapla, "there's no more visa for us to fly to Yemen".. pastuh 2,3 orang beralih tangan pasport kami, dengan soalan bodo yang sama. Dorang ni takde briefing ke setiap kali "rules and regulation" baru dikeluarkan? Mungkin sebab tidak pernah berlaku keadaan di mana warga Malaysia keluar terus dari Malaysia ke Aden, maka mereka menjadi panic yang sebegitu.. Alhamdulillaah, selepas lebih kurang 45minit, kami keluar menghirup udara Aden secara tidak dijangka, namun itulah kuasa Allaah. Segala Puji bagiMu.

Semua penumpang Yemenia tadi dibawa ke 2 hotel. Separuh ke Hotel al-Qasr, tempat aku menginap, separuh lagi entah ke mana entah. Dalam bus(van aje), ada desas desus mengatakan bahawa kami akan dibawa ke Sana'a dengan bas pada esok harinya. Katanya perjalanan dengan bas akan mengambil masa 5 hingga 8jam. Apa-apapun, aku ikut ajer, janji sampai di Sana'a...

Tiba di Hotel al-Qasr, Maasyaa Allaah tabaarakallaah... Hotel yang sangat lawa dan indah seperti sebuah istana, memang dorang design macam istana kot. Proses untuk mendapat bilik adalah leih kurang sejam. Kami disediakan "fruit juice" sementara menunggu kunci. Setelah seketika, dapatla kunci. Aku dan isteri dapat suite! hehehe.. Alhamdulillaah.. dan bilik itu sangat cantik dan selesa.. Ruben dapat bilik sendiri. Di tingkat bawah. Duluxe room, 5stars hotel. Yang paling penting, gratis! Oh ya... sementara menunggu kunci tadi, kami dibenarkan membuat panggilan ke mana saja yang disukai. Aku pon telefon Aunty Sarah yang waktu itu berada di Sana'a. Dan cuba telefon ke Malaysia, tetapi tidak berjaya.. Takpela, badan dan penat, rehat dulu, esok baru akan cuba call lagi...

p/s : terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir ke airport, keluarga aku, keluarga isteriku, keluarga Ben, Farid Bidin, Imtiaz Yee, M Izwan Sabri, Ja'far Sukor, Dzaki dan semualah... Semoga Allah memelihara kalian dan menjadikan kalian sebahagian dari orang2 yang merasa Jannah, aamiin

Saturday, February 12, 2011

Subhaanallaah..

Ada orang kata, dia takut syaitan bertopengkan manusia.. Tapi kebanyakan mereka hanya berkata begitu, tapi hakikatnya mereka sendiri yang begitu.. Astaghfirullaah... Kasihan.. Aku? Aku hanya manusia yang sering cuba menjadi lebih baik.. Menjadi lebih baik itu bagaimana? Menjadi lebih baik ialah menjauhi perkara yang tidak elok. MENJAUHI maknanya, tidak mau dekat lagi.. Ada manusia yang mau dekat dengan kejahatan dengan menggunakan kejahatan, tapi menggunakan kebaikan kononnya... Semoga Allah menjauhi aku dari sifat syaitan ini. Aamiin..

Manusia ini berasal dari tanah. Pulangnya akan ke tanah. Ada yang rasa dia akan pulang ke mana entah, aku pun tak pasti.

Ada manusia yang hanya berlakon dalam hidup. Dalam hidup yang lakonan ini pun masih mahu berlakon. Melakukan perubahan bukan kerana Allaah.. tetapi kerana keinginan dunia semata.. Jika kerana Allah, manusia akan menjadi lebih positif, lebih realistik, lebih tenang.. Kerana dia tahu Allah sentiasa bersamanya.. maka dia akan menjadi lebih baik.. Akhlaqnya, percakapannya, amalannya, pemikirannya... Tetapi malang bagi manusia yang hanya ada dendam di dalam hati, kepentingan dunia menjadi inspirasi. Subhaanallaah..

Yaa Allaah, kau ampuni dosa2 setiap mukmin... yang telah mati dan yang masih berjuang di dunia milikMu ini... Aamiin...

Tuesday, February 08, 2011

Mintalah kepada Dia...


Allah berfirman: “Barangsiapa yang berdo’a kepadaKu, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepadaKu, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepadaKu pasti akanKu ampuni”. (HR.Bukhari, Muslim, Maliki, Tirmidzi)

Alhamdulillaah, Alhamdulillaah... Perjalanan sudah hampir... Hari2 yang akan datang bakal tidak sama lagi... Jauh dari dunia yang aku kenali sedari kecil. Jauh dari kebiasaan2 yang aku lakukan. Jauh dari peradaban yang kononnya bertamaddun. Allaah, aku berterima kasih kerana Engkau kurniakan kesenangan ini. Kesenangan untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Semua ini hanya dengan izinMu yaa Rabb. Akhirnya aku temui kelancaran dalam jalan yang aku pilih keranaMu wahai Penciptaku... Wahai zat yang tiada persamaan dengan ciptaanNya... Kegembiraan ini dikongsi bersama oleh semua keluarga. Alhamdulillaah... Aku bakal mengharung detik2 sukar atau senang di perantauan. Makin dekat terasa makin juah.. Air mata berlinangan bila terkenangkan ni'mat2 Allah yang banyak. Yang memang tidak mampu aku balas. Tidak mampu sesiapapun membalasnya.. Terima kasih juga tidak cukup. Tidak pernah akan cukup. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui...

Allaah, sememangnya Engkau Maha Pemurah, Maha Mengasihani

Monday, January 31, 2011

Perjalanan sudah bermula...

Januari 31, 2011..
Bismillaahi walhamdulillaah, wassolaatu wassalaamu 'alaa rasuulillaah...
9.15am - Sampai ke office tadi jam 8.45am. 30minit jer drive dari Kg Pandan. :) semangat semakin berkobar2 untuk ke tanah Arab. Semoga Allah permudahkan perjalanan semuanya. Aamiin. Cuaca best hari ni. Hujan tak berhenti dari semalam. Just nice sebab dapat tidur nyenyak. Hampir kandas Subuh, tetapi diberi kekuatan oleh Allah untuk bisa berdiri menyembahNya. Alhamdulillaah.
Pagi ini persoalan pertama timbul. Terngiang dari semalam "actually". Bagaimana suatu hari dulu ketika 14 tahun yang lalu, Idris datang dan bertanya aku yang duduk di tepi longkang depan rumah Shah.
"Allah di mana Bar?".
Aku pelik dengan soalan mudah itu tapi tetap aku jawab. "Allah di mana-manalah".
Idris menambah soalan, "Apsal ko jawab gitu?".
Aku heran. Salah ke aku jawab? Pastu aku cakap, "sebab semua orang cakap camtu".
"Mana boleh gitu bro. Islam ni tak boleh ikut orang. Tak boleh ikut mak ayah. Tak boleh ikut ustaz tu ustaz ni."
"Dah tu nak ikut sape pulak?" dalam hati aku.
Idris sambung lagi, "dalam Quran, Allah cakap Dia bersemayam di atas arasynya. Macamana kita boleh decide tentang apa yg Dia sendiri dah bagitau?"
Benar sekali. Tepat sungguh. Jitu terus ke hati. Semenjak itu, aku berpegang dengan aqidah itu. Aqidah para Nabi, para sahabat, tabi'iin dan tabi' tabi'iin... Allaahu Akbar! Semoga semua orang Islam akan menerima kenyataan ini sebagaimana aku menerimanya... Aamiin...

Bersambung....

Saturday, January 29, 2011


Sabtu, January 29, 2011 [9.32am]
Alhamdulillaah, perkembangan lancar mengenai pemergian ke negara Arab. Alhamdulillaah.. Semoga Allah lebih melancarkan urusanku kali ini. Aamiin.

Brothers lain(saudara²ku di Al-Khaadem) kebanyakan dah tahu. Ada yang tahu tapi buat biasa. Ada yang tahu, dan support gila². Ada yang tak tahu. Dan ada yang tahu gitu² jerla, dan malas nak ambik port barangkali. Takpelah. Janji semua orang happy dan bersemangat dengan misi dakwah dan tarbiyyah kami.

Pelan asal ialah Mac atau April terbang ke sana. Tapi, Allah yang lebih tahu tentang masa hadapan. Solat istikhoroh juga sudah dilakukan. Cuma restu Shaikh Hussain Yee aje belum diminta. Semoga beliau mendapat rahmat Allah sentiasa.[Tolong "aamiin"kan semua para pembaca]

Tinggal di Malaysia memang menjadi keinginan setiap anak Melayu, jika bisa. Tak kira untuk apa. Tapi sebahagian harus berpindah atau berhijrah, atau berkelana untuk mencari sesuatu buat negara tempat kita lahir dan membesar. Untuk orang yang punya rasa patriotik. Punya rasa kepunyaan terhadap tempat nenek moyangnya hidup. Aku akan kembali, bukan untuk sesiapa, tapi untuk kamu, Malaysia yang aku ingin lihat Islam yang sejati mekar di atasnya. Aamiiin...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah: 216)

Allah, Engkau yang Maha Menyatukan hati-hati hambaMu semua, Engkau yang Maha Pedih siksaanMu. Semoga Kami semua terdiri dari kalangan orang yang di"tanda" golongan pengikut orang2 terdahulu, salafussooleh. Aaamiin...

Wednesday, January 26, 2011

Alhamdulillaah...

Bismillaahi walhamdulillaah. Wassolaatiwassalaam 'ala rasuulillaah..

Apa khabar semua? Mesti semua dah tak ingat lagi. Ataupon dah tak jenguk lagi blog ni. Huuhuu.. But i have sumthing to share now.. Insyaa Allah from now on, i will keep blogging so i am not bored anymore at the place i'm gonna go.. Aameen..

:)

Keep on reading. May Allah make it easy for me and my wife.. :)